nuffnang

July 25, 2010

Alkisah:Dunhill 20 Batang


Shah Alam, sekyen berapa tak tahu: Petang tu masa lepak reramai sambil tunggu bus nak balik kolej. di sebuah warung abang kelantan. sambil menunggu hidangan menu ABC special.sambil asap-asap nikotina dari company terkemuka dunia Dunhill,winston, pall mall dan luffman berkelubung atas kepala. kadang aku seronok dibuai asap dari mulut brader sebelah! sambil bus RapidKL menderu sakan. dicelah-celah kesibukan kota raya seperti kepulan-kepulan asap nikotina yang bermain-main. tetiba si member aku mau juga mencelah:

Si member: weh! aku nak tanya hang! pasaipa kat kotak ni ada tulis"rokok dapat membahayakan kesihatan?

Jeepsu: ya lah rokok mmg bahayakan kesihatan bai! merosakn paru-paru!

Si member: aku hisap rokok yang tak membahayakan kesihatan!

Jeepsu: kepala hotak hang! semua rokok membahayakan kesihatan la bengong! rokok apa yang tak bahayakan kesihatan hah?

Si member: Rokok Beli!!! Rokok Dapat membahayakan kesihatan!

Aku dengan muka sekonyong-konyong mengiyakan dialog celupar tadi. tak dinafikan mmg statement tu salah! patutnya, agak-agak la kalau tak mau dicaci dan dipermainkan rakyat seperti si member td: kerajaan patut mengeluarkan statement macam ni:

Rokok, beli atau dapat atau curi,atau seludup atau mintak kawan sebelah atau pow rokok budak-budak atau mendapat rokok secara tidak sengaja atau rokok jumpa tepi jalan atau bukit atau parking lot atau mana-mana tempat di dunia samada di darat, angkasa atau di laut dan sebarang jenama rokok juga adalah membahayakan kesihatan !

Sambil kepala tengah berdengung melayan tawa-tawa celupar mereka. sambil kepala naik dingin lepas pekena ABC special! sambil jalanraya terus menerus sesak! lantas bus RapidKL tidak lagi membuang masa. sampai tepat diperkarangan bus stop!

Remaja kaki lepak dengan pantas membayar segala jenis bayaran makanan order td kepada abang kelantan ! settle

Sambil ramai berpusu-pusu , berteriakan, melompat.ada yang berlanggaran nak naik bus! takut kena berdiri! orang zulu kat selatan afrika pon cool! tak macam ni! hampeh!!

Sementara seorang kawan aku sempat menyinggah, seven-12 mini dekat bus stop tuh! kelihatan tauke kedai tak da! cuma anak wanitanya yang baru berumur agak-agak darjah 4 macam tulah!

Si member: adik bagi dunhill 20 satu!

Adik baju kurung: yang mane satu dunhill bang?

Si member: yang merah tu dik!

Adik baju kurung: eh bape harge dia arh? sama ngan ni ke? sambil tunjuk tag harga dunhill 14

Si member: haah !!sama lar adik! cepat larh bus nak pi dah tu! dalam hati bangga dapat kencing budak-budak- dapat beli dunhill 20 dengan harga dunhill 14! muka terus excited tak ingat! senyum puas lepas kencing budak2!

Okay sambung balik! terus adik baju kurung campakan dunhill merah kat member aku, cepat-cepat dia bayar. amik rokok masuk poket terus blah!

Dalam bus:

Si member excited cerita kat aku psal dia beli dunhill 20 ngan harga dunhill 14! seronok kencing kepala budak-budak! hahahah

Turun bus:
Sambil kepala teringat bathroom ngan bedroom sahaja. sambil bus RapidKL terus blah dari situ secepat mungkin. sementara member aku kesangapan rokok terlampau! dia menyeluk poket jeans bundle! dikeluarnya sekotak merah! rokok dunhill! dibuka plastik kotak itu perlahan-lahan. mengambil sebatang . diletak ke bibir munggilnya. mencapai sebatang lighter criket! lalu dicucuh hujung rokok! sambil tu memerhatikan kotak rokok dengan penuh teruja!

Si member: eh ni dunhill 14! bukan 20 larh! budak tuh silap bagi la pulak! maknanya mmg aku bayar untuk dunhill 14 lar tadi? kena kencing ar ni?

Sambil menyedut asap-asap nikotina dengan hampa. sambil merenung keciwa sekotak merah dunhill yang kononnya 20! wahahahaha

p/s hahaha kena kencing ngan budak-budak!!! wakakaka


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...