nuffnang

June 4, 2018

BAJIWOA STUDIO YANG POWER !


Lama rasanya aku tak menulis di Blog Personal. Harini aku update lah sikit info mengenai diri ini walaupun kadang kadang rasa malas gilerr nak menulis.

Sekarang aku ada buka studio di Shah Alam iaitu Bajiwoa Studio. Bajiwoa Studio ni merupakan Photo Studio yang menyediakan perkhidmatan photography sama ada Business Shoot, Wedding Photography, Corporate Photography, Celebrity & Event Shoot. Tak lupa juga kami menyediakan servis Video Production dalam bahasa mudah dia Servis Buat Video untuk Business Owner di luar sana.

Terletak di Setia Alam, lokasi yang kini sedang membangun dengan pelbagai projek. Banyak jenama jenama gah pun dah start move sini. Kalau datang sini, jangan lupa pekena kambing sahara dan beberapa kedai makan lain yang sedap gilerr.

Alah, kalau datang sini roger lah.

Jadi kalau korang ada event, majlis yang perlukan servis dari studio silalah inform.

Ini instagram kami, jangan lupa follow :

INSTAGRAM : BAJIWOASTUDIO






 Tak pun , Google je Bajiwoa Studio. Nanti keluarlah semua information mengenai studio kami.

Terima kasih kepada yang menyokong . Love you all !

May 7, 2013

LUAR KOTAK

Kalau anda pemikir diluar kotak, silakan berfikir diluar, luar, luar kotak, seterusnya diluar, luar, luar, luar, luar, luar kotak, kemudian diluar, luar, luar, luar, luar, luar, luar,luar, luar, luar, luar, luar,luar, luar, luar, luar, luar,luar, luar, luar, luar, luar,luar, luar, luar, luar, luar,luar, luar, luar, luar, luar . Sehingga tiada lagi kotak dalam kepala otak anda .

March 24, 2013

Hikayat Seorang Pemikir

Seorang ahli pemikir ini,
sedang berdiri memikirkan tentang skala kebodohanya,

Sudah sekian lama memikir,
Akhirnya dia duduk bersila, sambil diribanya seekor serigala jinak,

Membetul-betulkan kacamatanya yang bertahun-tahun senget.
Mengelap-ngelap pula kacamatanya yang bertahun-tahun kabur,

Lalu berucaplah dia sambil merengket-rengket
terketar-ketar susuknya hingga terbit peluh dikening,
jatuh pula dalam susu sang serigala belaannya,
maka berkatalah pula sang serigala,

" Wahai orang tua, ambil sajalah susu ini untuk kamu, didalamnya banyak khasiat untuk tulang-tulangmu, seratnya tinggi, kalsiumnya juga tinggi, jangan hiraukan aku , kerana mulai hari ini aku tidak mahu lagi menghirup susu tepung duchtlady pemberianmu.  "

" Habis kau mau makan apa nanti ? "

" Aku sudah muak dengan susu suapan kau, Ya ! aku mahu hirup darah tuamu wahai orang tua, sebagai ganti atas penjara bijak yang kau bina! Sekarang tiba masanya, pergilah kau bertemu tuhanmu, kerana Dia sedang menunggu jawapan dari hikayat temberangmu... "

May 16, 2012

Sentimental Pagi Pertama #

Tapak selipar aku menyentuh tubuh jalan yang komposisinya tar yang padu. Ruang kiri aku kuning malap, cahayanya lampu jalan. Sama saja dengan ruang kanan aku, depan mahupun belakang, Agak tidak menyenangkan mata. Sakit aku rasa.

Guruh berdentum, Sakan! Bola mata membeliak ke langit. Aku tak nampak awan, Awan masih malu untuk membiru. Kerana waktu itu pagi yang masih dingin. Pagi yang belum yakin ada matahari..

Aku menggalas beg kaler merah dibahu. sambil tanganku kemas memegang beg kaler biru yang dalamnya berisi kasut jenama Rinnie, jenama yang tidak se-glamour ZARA.

Dari bawah sini. Bumi yang ada graviti. Butir-butir air dari langit jatuh ke kepalaku. Ubunku basah. apa nih? Itu hujan namanya.


Gara-gara henpon kehabisan bateri. Public phone menjadi agenda pertama sejak bola mata aku sakit diratah cahaya lampu yang kuning malap. Ya sini memang banyak public phone. Tapi satu pon tak berfungsi. Puas aku maki! Masih tetap tak berfungsi. dia terus membisu. menunjukan muka blur sambil mengejek aku! menjelirkan lidah serta menganjing aku! "oh! dulu kau sombong! sejak kau mula kenal telefon tanpa tali.. kau mula lupa aku.. sekarang, rasakan. Apa yang aku rasa! ditinggalkan..! "

Sapa yang nak pakai kau lagi era ini? kena masukan syiling setiap kali nak guna kau. Syiling pulak kena simpan dalam kocek. berat! Kau kenal dengan teknologi Touch Skrin? Orang dah tak pakai butang macam kau! 

Aku mengherdik tanda marah. Melepaskan kata-kata hipokrit tanpa berfikir panjang. Sebab aku marah! Memang aku marah pada kau. Kau tau Teknologi memacu kami kedepan, jauh meninggalkan kau! Itu semua agenda teknologi. Kami dipaksa kedepan, sementara kau masih dibelakang. Terlekat didinding banggunan, sunyi! Aku faham, tapi kau juga mesti tau sesuatu, kau mesti tau bahawa aku rindu untuk menyimpan syiling penuh-penuh dalam kocek, semata-mata nak pegi bermain dengan kau. Nak main tekan-tekan nombor yang tak dikenali macam dulu.  Kau ingat lagi?

May 13, 2012

16 Jam 21 Minit saja lagi #

Aku memandang kalender 2012 yang ditempek di dinding bilik aku. Tarikh 14.5 dibulatkan. Hari ni dah 13 haribulan, 5.21 petang, bermakna tinggal 16 jam 21 minit saja lagi untuk aku menduduki exam Anatomy&Physiology. Dengan berakhirnya exam tersebut bermakna aku telah bebas dari penjajahan serta penderaan subjek biology terhadap fizikal dan mental aku. Dan bermakna aku boleh balik ke kawasan rumah setinggan di Utara semenanjung. Serta bakal bertemu dengan seorang wanita bernama Che Enson Binti Kasim. Wanita yang namanya tercatat sepanjang hidup aku. Akhirnya. (selamat tinggal bloggers buat seketika )


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...