nuffnang

May 6, 2012

Untung lar ada GOOGLE! #

Minggu lepas, lepas kelas, aku terus keluar , aku nak terus balik kebilik, aku menekan butang Lif yang tertera simbol turun (V) , alaa lama la pulak tunggu lif, biasalah sekolah tinggi-tinggi. banggunan pon tinggi-tinggi la jugak kan? malaysia dah kurang tanah nak buat bangunan lebar-lebar ka? atau itu cuma trend zaman millenium? zaman tinggi-katanya, tinggi dari segi intelektual! semua nak tinggi-tinggi.

tanda-tanda akhir zaman,kiamat, bila manusia cipta banggunan tinggi-tinggi mencakar langit.

Dulu aku pon selalu disogok dengan idealism macam nih " mengaji tinggi-tinggi, nanti orang tak pandang rendah pada kita" tiba-tiba teringat kata-kata dari mak aku.

Itu bermakna untuk memperoleh pandangan orang terhadap kita, kita perlu mengaji tinggi-tinggi. aku bukan nak salahkan tafsiran tuh. mungkin betul apa yang mak aku cakapkan tuh, belajar. peroleh ilmu, tinggi-tinggi, ada ilmu nanti boleh ajarkan orang lain, sebarkan kebaikan, dakwah. dalam islam pon mementingkan ilmu, kerana ilmu jugak lah yang membentuk rohani sebagai seorang insan.

Untung lar bila orang kampung dapat masuk universiti, satu kampung kecoh, anak Pak Rahim masuk U, ohh ini bermakna pandangan mereka mula menjadi tinggi, akibat seorang pelajar berjaya masuk Universiti yang banggunannya pon tinggi-tinggi . maka tinggi lah dia, dan ceritanya lain pulak kalau yang tak masuk U, meneruskan legasi bisnes keluarga jual ikan dipasar malam akan terus dipandang tidak tinggi. nak masuk meminang anak dara orang pon susah! " jual ikan je nak masuk minang si juwita nih, laen lar kalau doktor ke..." walaupon si penjual ikan tadi boleh pakai kereta Myvi dan beli rumah. sedangkan aku masih berjalan kaki pegi kelas.

Turun dari lif aku nampak ramainya orang, rata-ratanya adalah student kat dalam kampus ni, tapi ada perhimpunan apa sampai ramai macam ni? takan Bersih 3.2 pulak buat kat sini kot? ini mustahil untuk  Universiti Awam untuk benarkan perhimpunan seperti itu.


Sebarang benda asing yang boleh merosakan sel-sel badan harus dimusnahkan terlebih dahulu,

Tiba-tiba suara madam Ann muncul, pensyarah subjek Anatomy and phisiology. pensyarah yang dulu free hair, tapi sekarang dah bertudung litup, manis.




Dan dalam kelas tadi ceritanya pasal Antigen. Tada la tahu sangat. tapi kiranya antigen ni benda asing yang dapat merosakan sel badan, lepastuh ada lah sel-sel badan yang lain akan bertindak untuk mengenal antigen lalu menghapuskan nya. lebih kurang macamtuh lar dalam bahasa pasar nya.

So bagi pemikiran aku, macamana sekalipon yang terjadi, sebarang benda asing yang boleh mengganggu-gugatkan ketahanan sesuatu struktur itu akan dihapuskan. maknanya tidak akan ada benda asing yang dapat menentang dan musyawarah tidak akan berlaku? sampai bila-bila pon sel badan takan boleh menerima kehadiran antigen! maka ceritanya mereka takan bersama.FULLSTOP

Semasa perjalanan aku untuk balik ke bilik, kiri kanan penuh dengan orang,ada yang menjual , ada yang membeli, baru aku ingat hari ni Biznez Day, patut lar ramai semacam aku tengok. Then aku tertarik dengan kiosk buku kat depan tuh, aku berenti, belek-belek senaskah dua buku yang dipamerkan, dan satu buku ni menarik perhatian aku, "Aku Rindu 90's" ditulis oleh wan syafiq, teringin nak beli tapi tada duit pulak masa tuh, sebenarnya dah banyak kali aku terserempak buku tu, cumanya setiap kali aku terserempak dengan buku itu dan setiap kali itulah aku tengah mengalami kegawatan ekonomi, tapi tapa.. suatu hari nanti! mungkin!

"Adik minat buku yang camane? musik? cinta? ..." promoter kiosk buku tuh bertanya pada aku, seorang wanita. free hair, rambut perang keemasan.

"Yang macam ni! " aku cepat-cepat memintas pertanyaan dia, sambil menunjukan buku yang aku pegang tadi.

"Oh, yang sempoi-sempoi camtu larr?? Ok tengok-tengok lar "

Sempoi? aku mula pening. sempoi ni genre buku jugak ka? apa itu makna sempoi? perkataan sempoi tadi bermain2 dalam kepala aku. sempoi itu seperti buku yang bertajuk "Aku Rindu 90's" ?


Sampai kat bilik aku terus bukak laptop. aku masuk laman, PRPM, tahu apa? Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Gerbang Maya dewan Pustaka dan Bahasa. amboii.. panjang nya.. aku type perkataan sempoi. dan tekan Enter. ahh.. maaf, tiada pembendaharaan kata untuk sempoi. kecewa.

Sebabkan nak sangat tau apa itu sempoi, aku cuba Google. banyak blog aku terjah. tapi tada satu pon yang bicarakan makna sempoi ni dengan lebih mendalam. tetapi cukuplah sekadar aku dapat membayangkan sikit-sikit apa itu sempoi. terimakasih kepada Google.

Hebatnya google. segala benda yang nak dicari ada. selalu tak korang dengar dialog macam ni..

"Tau tak perkataan goose bumps tuh apa? tak tau? balik google" ayat yang selalu letrure aku guna bila letrure itu sendiri kurang jelas tentang maksud perkataan yang dicakapkan nya .

Semua orang pon cakap pasal google. enjin carian yang hebat buat era ini. sini google, sana google, situ google, semuanya lah.. kalau boleh nak google tuh ada dalam poket. takyah pening2 lagi bila orang tanya soklan, boleh terus google. dan keja aku pon setiap hari google. google dan google.

Dan kalaulah Arwah tokwan aku masih ada dan hidup dalam zaman milenium ni. mesti dia akan cakap macam nih.

"Untunglar ada GOOGLE!"

***********************















12 comments:

Ummi Rai said...

tapi sekarang jarang dengar "balik bukak kamus" .Hmm,jangan nanti masyrkt hilang minat nak cri dlm kamus dhlah,internet bukan blh caya sgt :)

kura said...

hahha. dgn google, semua pun boleh. dari segi membina, merosak pun ada. hekhek

Black Jeepsu said...

em.. betul2! tak semua boleh pecaya, jadi kena tapis untuk amik yg betul.. :)

! Arjunakirana ! said...

dunia IT nak cari tempat pun tak susah tekan je HP dah boleh tahu.. tp yang ade interner googel laaa huahuah... :)

Izzuddin fauzi said...

Macam2.... Hahaha :D

Prettywrite said...

google banyak benefitsnya..tp keburukan pun banyak jugak..hehe

shamyheart said...

suka entri ini..
macam baca cerpen pula.

kemudahan google dah ada =)

btw, blog dah cantik. saya follow.
kalau awak buat satu page 3-5 entri, lagi cepat nak load.
jgn marah ye, saya bgtau apa yg saya tau. mgkin kita berbeza pendapat, tapi percayalah majoritinya suka 3 hingga 5 entri per page.

Black Jeepsu said...

Sha: terimakasih atas komen tersebut. :)

shamyheart said...

sama2..
dah tukar ye. makin cepat load dan kemas! =)

terima kasih.

Black Jeepsu said...

Emp! hehehe :)

Black Jeepsu said...

baru tahu cepat load. nmpk sangat jahil ttg bloging! kekekeke

Aliff Haikal said...

'kau tak tahu apa tu ? gi tanya pakcik google ' HAHA

nice !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...