nuffnang

May 3, 2012

RESEPI: PIE MAGGI 2 MINIT .

Perasan tak yang entri  kali ini ada huruf (R) kat depan?  Perasan tak!? dan apa masalahnya dengan huruf (R)? LOL! sebenarnya aku tada apa-apa masalah pon dengan huruf (R) aku bukan pelat (R) macam budak busuk ni . juga sama sekali tidak ada phobia terhadap hurup itu!

Cuma huruf (R) didepan permulaan tajuk entri aku kali ini merangkumi beberapa huruf lain seperti E,S,E,P,I+ (R) didepan membawa kepada maksud (R E S E P I) tahu? dah itu lah yang baru dalam blog ni sebenarnya.

"Sah-sah baca entri pon paham yang tuan blog ni nak citer pasal  maggie kan? " Haa dah tau kan? so tanp membuangmasa lebih panjang mari aku ceritakan.





Info: PIE MAGGI  atau dalam bahasa kampungnya Murtabak Maggi. bukanlah sesuatu yang baru atau jugak resepi baru yang baru nak UP! cumanya resepi ini adalah sesuai untuk golongan budak2 universiti, atau kolej tahun kedua dan ketiga. mana tidaknya.. tahun pertama makan-makan maggi rebus pelbagai cap ja, yang banyak dijual dipasaran. dan akibat bosan dengan mengadap maggi ja pada tahun pertama, makanya tahun kedua cubalah resepi-resepi yang UP sket! tapi memandangkan mahsiswa selalu berdepan krisis (PTPTN abis bulan pertama) so resepi-resepi yang Up to date ni pon akan tetap berkaitan dengan Maggi!

Mahasiswa dan Maggi takan berpisah!

Kepada golongan Pencinta Mee Segera Maggi ni. sedarkah korang bahawa sejak sejak mutakhir ini Rasa Maggi semakin berkurangan? ya tentu sekali !  kalau dulu rasa karinya sangat Pekat! macam kopi O cap tangan.  Sehingga dapat merembeskan airhidung kedalam mangkuk ketika acara menyedut mee rancak dijalankan.  (teringat iklan Maggi kat Tv dulu) terkodek-kodek buntut jiran dia ,tudiaa.. punya syok makan maggi!

Dan Adakah kira-kira ini disebabkan oleh pihak tertinggi pengurusan Maggi sekarang tidak memberi perhatian kepada kualiti barang keluaran mereka? atau inilah adalah salah satu daripada keperihatinan Maggi kepada si pemakan. dengan mengurangkan perisa, garam, Msg, atau bahan-bahan lain seperti mononatrium glutomat,dinatrium 5guanilat, dan lain-lain lagi bahan yang boleh memberi keburukan kepada si pemakan.?

Biasa maklum bahawa maggi bukanlah makanan yang elok untuk dimakan setiap hari, tapi lebih baik makan Maggi dari mati. kan? dan kepada student tuh aku nasihatkan jangan lah boros sangat masa duit korang yang banyak tuh masuk dalam bank, padah jawabnya nanti.

Tapi apa-apa pon, aku tetap aku kongsikan dengan korang RESEPI PIE MAGGI, sebab taknak lari tajuk lagi sekali macam Entri Sabun yang lepas.







(BAHAN-BAHANNYA ASAS (1) untuk student2 ja 



  • bahan-bahan : 2 biji telur & sepeket maggi kari
  • cara-cara : pukul 2 biji telur dengan serbuk kari rebus maggi berasingan campur maggi yg dah direbus dalam telur + kari tadituang dalam frying pan (kuali, belanga,periuk nasi elektrik pon boleh ) macam buat telur dadar..
  • cara makan: Cicah dengan sos chili. taktau sos chili tuh apa? pi tanya tokeh kedai!



Ini untuk orang yang berumah tangga.
  • 2 biji telur & sepeket maggi kari 
  • 150 g daging cincang
  • 1 biji bawang besar, cincang
  • 1 cm halia
  • 1 ulas bawang putih lumatkan.
  • 1 camca teh rempah kari daging
  • 1 pokok kecil daun bawang, hiris halus
  • 1 biji cili merah, hiris halus
  • 1 biji cili hijau, hiris halus
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • 1 camca besar mentega
  • 1/4 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • minyak.



Sekian. Selamat mencuba~


5 comments:

Encik Atan said...

urm....sori (tetibe) bhaha

ajie_harini said...

I can say the letter R correctly la!
hw about u ?

Black Jeepsu said...

ofcos la i also can! hehehe

Minah Kerek said...

Pernah makan maggie yang kuahnya dicampur sos tomato atau cili?Itu pun cara nak hilngkan bosan makan mee segera :)

Black Jeepsu said...

pon penah! :) dah penah try tapi tak leh terima keronkong la makan chili tuh campur2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...