nuffnang

May 5, 2012

Kuaci Cha Cheer #




Entri pagi Sabtu yang redup, jarang aku dapat menulis waktu-waktu pagi yang dingin macam sekarang ni, selalunya tengah hari baru terkial2 nak buka mata. nak tolak blanket jauh dari badan. kadang2 blanket  merah aku ni cukup sayang nak berpisah dari tuan nya. mungkin sebab dia serasi dengan aku, jadi aku biarkan saja blanket ni penuhi kehendak dia. kehendak untuk melindungi aku dari digigit kesejukan kipas angin yang terpasang kuat! aku tengok kat suis. No 5. patut larr.

Pagi tadi. Berkali-kali Alarm aku bunyi, apa lar yang dengkinya pon aku tak tahu. sabtu kan? sabtu hari cuti bagi orang-orang yang bernyawa kat bumi selangor ni, kedah pon cuti jugak hari sabtu. hari bermanja dengan diri sendiri. salah? henpon terus berbunyi-dan berbunyi.

Mungkin keenakan blanket yang gebu ni buat aku lupa yang hari ni ada game! futsal. tak jauh mana pun. sambil pakai baju pon aku boleh sampai kat kod futsal tuh, ahh.. bangun lar.. bola memanggil-mangil.

sebenarnya dah lama aku tak main futsal. kadang-kadang rindu jugak nak main, rindu untuk berada ditengah sorakan orang ramai yang memerhatikan perlawanan, rindu nak rasa air peluh meleleh masuk ke mulut. masin. rindu nak rasa bola bila kawan aku passing . rasa bola disentuh pon cukup lar. kemudian kejar bola itu kembali sebab. aku,dengan bola selalu terlepas dari kawalan. ini bermakna aku seorang kaki bangku. (falsafah orang melayu, untuk orang yang tak reti main bola macam aku)
Bila angin, bola, dan sorakan mereka bersatu. Maka strategi dan gerakan lawan dapat dihadam, permainan yang cantik adalah hiburan.




Kalah menang adat pertandingan. dan adatnya untuk orang kaki bangku ni adalah kekalahan, itu memang kenyataan, tapi aku tak malu berada dalam pasukan yang kalah. sebab, keberanian menyertai sesuatu pertandingan itu adalah satu kemenangan buat kami! (dah kalah, cakap ler camni) hehehe...

Orang yang kalah adalah orang yang berhenti mencuba!

Depan komputer lagi. lagi. dan lagi. seperti biasa setiap hari. rutin. kata orang susah nak tinggal. kalau dulu, bangun pagi , basuh muka, minum kopi. pekena cekodok. baca surat khabar . selak dan terus menyelak helaian surat khabar tersebut. tapi sekarang ni. mana ada macam tuh. terutama buat student2 macam aku, yang jauh dari keluarga, hidup merantau. cewah.. Bangun pagi ja, power on kan komputer ni. baca surat khabar berita-harian online. semua nak online! sambil dok mengopak kuaci char cheer yang aku beli paket besar semalam.

Surat khabar? banyak yang merapu! Bila media tiada hak untuk kebebasan, maka berlakulah neraca yang berat sebelah. 
***
Tau ka kuaci ni dibuat daripada apa? buah bunga matahari, memang layan kalau dah start kopak koci, susah nak tinggal, serupa macam sejenis ketagihan yang melanda. dulu aku ingat lah, zaman2 aku lepas Espiem.(SPM).

Setiap hari, setiap malam, setiap ketika, warung char kuew teuw abang fahmi jadik tempat perjumpaan, bermula dengan sorang, kemudian datang lagi sorang. datang lagi sorang. dan sorang. dan sorang. sampai penuh 2 table paling belakang kat warung tuh, Kurang2 pon sekotak malboro klasik, sekotak dunhill 20 batang maksima habis dibakar. John ja tinggal sisa. tu pon sempat untuk esok pagi ja..
Cerita dan acara kopak kuaci pon bermula, seplastik kuaci yang dibeli kat kedai apek cina tua tuh, kira gram, timbang. nak berapa ringgit kasi tau ja. tada jual paket macam sekarang ni.

Dari lepas isyak, sampai ke penghujung malam, dan dari penhujung malam sampai lar ke dua tiga pagi. kuaci, kuaci dan rokok, minum air suam ja, bertimbun gelas plastik! .dan masa tuh lar hubungan aku dengan kawan2 jadi sangat rapat, setiap kunyahan kuaci itu akan diselit dengan cerita fakta dan aota, tentang bola sepak dan isu semasa, ada jugak forum debate, tak kurang dengan cerita-cerita yang jadi pagi tadi dibawa ke malam, semua dikongsikan bersama,dan diselang seli dengan ketawa-ketawa setan mereka.
dan kerana kuaci jugaklah, kami selalu kena hambat dengan abang fahmi!

"oit !! makan jangan buang bawah lar? tibai hangpa satgi kot!" abang Fahmi mengomel dengan nada manja.

ya.. bila makan kuaci jangan buang merata, jaga kebersihan alam. tapi kadang-kadang keasyikan mengopak tuh buat kami lupa untuk masukan kulitnya dlam plastik!

"main buang2 baru syok! baru feel!" rungut seorang kawan.

Kuaci untuk tengok bola . kuaci untuk lepak-lepak, kuaci untuk gelak-ketawa, kuaci pon boleh jadi pemanis mulut lepas makan koy tew abang fahmi. cuma aku tak pernah bersarapan pagi dengan kuaci. itu saja. tapi hari ni aku buktikan.

Kuaci untuk Sarapan!Rangup dan Sedap!  heeee..

kuaci sebagai medium katalis dan perantaraan ,  antara satu cerita dan sambungannya.

Sambil makan kuaci aku tulis nota ni! ada feel~  Selamat Hari Sabtu yang Cantik! :D

6 comments:

kura said...

yeahh. mkn kuaci mmg mengasyikkan. buang merata rata je kulitnya. hahha

Ummi Rai said...

Aha,entri yg berjaya membuatku ketawa.Haha.Kuaci,kiteorg nak exam final tu la jdi makanan tahan ngantuk :D

Black Jeepsu said...

kuaci mmg istimewa ! kan? heee

Cik_Shiqah said...

kalau berkumpul dgn kuarga, mmg kuaci jdi santapan utama. smbil tgok tv, sambil mkn kuaci.. hoho~

shamyheart said...

lama pula tak makan kuaci ni. best kan dapat makan kuaci. boleh sepah2kan meja. hahaha~

Black Jeepsu said...

kuaci tanpa acara sepahkan meja, itu bukan makan kuaci~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...