nuffnang

May 7, 2012

Mesin Masa Doraemon #

Dalam orang ramai tengah sibuk menempek gambar-gambar perkahwinan Scha-Al yahya dengan Awal-Asyaari dalam laman blog mereka sambil  masing-masing sibuk menulis nota angan-angan kiranya, nak duduk atas pelamin dengan bakal suami tercinta nanti semeriah majlis akad nikah Awal-Scha. Hotel five star. yang dihadiri golongan artis, dan VVIP. ya.. itu angan-angan mereka. setiap manusia ada hak untuk berangan-angan.

Aku terus melayari internet, mengoogle nama Che Guevara, aku nak siasat apa kaitan Che Guevara dengan Mak aku, Che Enson. Aku malas nak ambik tahu hal-hal kawin-cerai artis ni. Kalau Awal tuh jiran sebelah rumah aku ada lar jugak motif, kenapa aku perlu amik tahu, jangan sampai hal artis dikecoh-kecoh, jiran sebelah buat kenduri tahlil pon tak tahu.

Sambil-sambil baca Wikipedia pasal Che Guevara,  aku tengok ke luar tingkap. alaaa.. dah petang, kat padang ada orang main bola sepak. senja-senja macam ni memang waktu kemuncak bagi player-player bola sepak untuk terus lincah diatas padang, menunjukan kegagahan dan skill permainan. yela.. dah petang, cuaca tak panas, angin sepoi-sepoi, semangat! aku pon pernah rasa macam tu.. makin matahari menghilang, makin seronok bermain di atas padang, peluh-peluh yang rasanya sedikit masin semakin banyak keluar dan meleleh masuk ke mulut, kadang tertempias masuk ke mata. pedih.

Ah! Che Guevara nih! Lagi banyak aku baca kisah dia lagi pening kepala aku memikirkan kaitan-kaitannya dengan mak aku. Aku beralih laman, dari wikipedia ke youtube, petang-petang macam ni memang best kalau layan citer Doremon, citer kartun kanak-kanak yang dah berabad usianya. Si nobita tuh tak jugak besar-besar.  ishh! dengkinya dengan nobita dan kawan-kawannya.


Aku ingat lagi, dulu masa aku sekolah rendah, petang-petang macam ni lah, lepas main bola plastik atas jalan tar depan rumah aku, sesekali mengendap rumah jiran berdekatan, melalui cebisan-cebisan ruang  ditingkap aku boleh nampk TV yang terpasang. yelar.. nak tengok sama ada citer Doremon dah start ke belum. start ja citer Doremon, bertempiaran lari masuk rumah masing-masing. bukan dengar azan baru masuk rumah, tapi dengar  lagu Doremon! 

Dan yang aku peliknya.. banyak-banyak waktu dalam masa 24 jam, kenapa time Maghrib baru nak start citer Doremon?

Paling aku suka dalam citer anime popular jepun nih,karya Fujiko F fujio adalah Mesin Masa! ya MesinMasa doremon, yang terdapat dalam laci meja si Nobita. MesinMasa ni digunakan oleh Doremon untuk ke rumah Nobita, Robot Kucing dari abad ke 22,yang dihantar kezaman sekarang untuk menolong Nobita seorang budak sekolah yang korang sendiri tahu perangainya camana kan? katanya dimasa depan keluarga nobita akan bermasalah dari segi kewangan kerana kebengapan si Nobita nih. jadi Doremon pon dihantar untuk mengubah masa depan Nobita dan keluarga.

Kepala otak aku berpusing-pusing tengok citer doremon nih, dan mesin masa bermain-main dalam imaginasi aku. tiba-tiba muncul perkataan "kalau" ditengah sedap-sedap layan doremon.

Member aku paling tak suka dengan perkataan kalau! kata nya, sebab 'kalau' lar orang kita masih bermimpi disiang hari. " kalau lar aku ada modal, kalau lar aku kaya.. kalau larr aku hensem,, kalau lar aku artis,  kalau lar, aku comel cam fatin liyana mesti ramai follow aku . dan berbagai kalau lagi ada!" itu-kata dia. aku tak boleh cakap apa. cuma diam. 

Kenapa sibuk cakap pasal Mesin Masa nih, mungkin terpengaruh dengan teori masa Einstein agaknya, Sedangkan Robert Zemeckis pengarah Filem Back to the future pon terpengaruh apatah lagi aku!  Kenapa perlu nak kembali ke masa lampau? mungin untuk mencari dan mengubah sesuatu?

Dan Kalaulah (kalau lagi?) MesinMasa itu wujud. Betul2 cam citer doremon nih lar kan, aku pon nak masuk kat dalam tuh. nak patah balik, nak balik ke era sekolah rendah tahap 6, aku nak tahu siapa yang kantoikan aku kat cikgu, siapa yang khianati aku sampai nama aku dengan Seorang lagi kawan aku  nih dipanggil menghadap orang ramai ketika waktu perhimpunan! Gara-gara mencetak kupon hari kantin secara haram. 

Banyak lagi aku nak ubah! kalau boleh aku ubah semua! nak ubah gaya rambut aku yang kembang dan perang, dan baju sekolah yang compang-camping. aku nak jadi seorang pelajar yang kemas dengan jel seringgit, kaler merah, biru dan kuning tuh. Aku nak patah balik masa lampau, dan ubah keputusan aku untuk berada dalam bidang yang aku tak minati, macam sekarang ni. nak jawab sungguh2 masa exam yang lepas-lepas supaya aku tak banyak paper yang kena repeat dan extend pengajian lagi. Tolonglah wahai Mesin masa Doremon!!!  bawa aku ke masa silam !  dan pengembaraan akan bermula ! yeah!! (kalau nak cerita apa yang nak diubah, setebal novel Ombak Rindu pon tak cukup)

Tengah seronok pandu mesin masa milik Doremon Tiba-tiba teringat, yang aku pernah cakap dekat seorang budak perempuan nih."Saya takan menyesal dengan keputusan yang saya pilih! saya takan patah balik." wow! macam filem hindustan. Sampai hari ni aku masih seorang yang ego dengan keputusan aku. 

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah, kerana itu ketentuan tuhan, tiada siapa yang bisa mengubah. cuma mampu untuk meneruskan dan berhati-hati dimasa depan! dan aku yakin, sekiranya hari ini aku kembali ke masa silam dengan mesin masa milik doremon itu dan mengubah semua tragedi buruk jadi baik-baik saja. Hari ini aku yakin aku akan menyesal, sebab yang buruk-buruk itulah yang membentuk siapa aku!


Hidup bukan untuk hari ini, tapi untuk hari esok, semoga hari mendatang, aku jadi lebih matang.









24 comments:

cikorked said...

fuyohhh mesin masa hehehe..nk mintak poket doremon ley x? nk guna mesin masa n kembali pd zaman kanak-kanak yg hepi =)

Black Jeepsu said...

ahaa.. suma pon suka zaman kanak2 kan? :D

MizzTina said...

sy juga xsuke perkataan "kalau".. ia umpama mematahkan semangat kite sendiri.. =)

kura said...

haha. part hinsudtan tu mmg betol. hahha

Black Jeepsu said...

miskecik : ya.. jangan amal kan perkataan kalau!

Black Jeepsu said...

kura-kura: layan citer hindustan plak hari ni.. hehehe :)

shamyheart said...

kalaulah kalau.. hehe~

tak elok jugak kalau semuanya berputar balik.kita belajar daripada kesilapan lalu.

LiNda said...

da lame tak tgok cite doraemon..rindu kat kesengalan nobita..:)

Korn Ahmad said...

dah dah dah... zaman kartun dah berlalu.. jgn di kenangkan

BidadariBesi [SYAA] said...

Last last layan doraemon je ehh? AHAAHA

Prettywrite said...

sinchan lg best..hahah

D said...

haha.
siappppppppp -.-''
habes konklus siasatan lu ap?

Black Jeepsu said...

maaf lah kalau citer saya tada konklusi, harap. dapat pikirkan konklusi sendiri .. oke?

addin dyna said...

indeed. hari-hari buruk yg membentuk siapa kita sekarang. dan hari-hari buruk tu juga yang membuatkan kita matang =)

Azizah Omar said...

Wah, bukak youtube semata-mata nak tengok doraemon? Tapi cerita tu mmg best even dah berabad (:

nina said...

Kau nmpk mcm tak suka scha awal. Aku punnnn ! Haha

pet said...

beatkn klu doraemon tu btul2 wjud :)

Black Jeepsu said...

tak lama lagi kita akan sampai ke tarikh doremon diciipta pada abad ke 22. iaitu. tahun2012, september.. mana tau dapat jumpa doremon :D

NINA :bukan tak suka , tapi.. biasa-biasa ja.. hee :)

Yumida said...

klo wujud la si doraemon tu..sure byk org nk beli..coz mudah..selok poket jer dpt apa yg diidamkan...alangkah baiknya klo dpt di undur ms..nk kembali ke skolah rendah,.nk target dpt no. 1 jer lam kelas....apakan daya..hanya mimpi mat jenin...done follow u back :)

[sutera kasih] said...

kalaula ada mesin doraemon tu..xdpt bygkan apa yg bakal terjadi :0

Hidup bukan untuk hari ini, tapi untuk hari esok, semoga hari mendatang, aku jadi lebih matang.

suka quote tuu :)

Black Jeepsu said...

Sutera: ya hidup unutk hari esok, dan untuk nak hidup pada hari esok,, kita kena berjuang hari ini..

Yumida: tak pernah dpat no 1 lam kelas ka? heheeehehe

Beckhrooy said...

layan doraemon jap

Murni Ellyfiesya said...

Hehe.. Lawaklaa anda ni~

Aliff Haikal said...

HAHAHA kalau lah kan . terbaik doh entry ni ! :)

teruskan usaha mencari ! HAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...