nuffnang

May 16, 2012

Sentimental Pagi Pertama #

Tapak selipar aku menyentuh tubuh jalan yang komposisinya tar yang padu. Ruang kiri aku kuning malap, cahayanya lampu jalan. Sama saja dengan ruang kanan aku, depan mahupun belakang, Agak tidak menyenangkan mata. Sakit aku rasa.

Guruh berdentum, Sakan! Bola mata membeliak ke langit. Aku tak nampak awan, Awan masih malu untuk membiru. Kerana waktu itu pagi yang masih dingin. Pagi yang belum yakin ada matahari..

Aku menggalas beg kaler merah dibahu. sambil tanganku kemas memegang beg kaler biru yang dalamnya berisi kasut jenama Rinnie, jenama yang tidak se-glamour ZARA.

Dari bawah sini. Bumi yang ada graviti. Butir-butir air dari langit jatuh ke kepalaku. Ubunku basah. apa nih? Itu hujan namanya.


Gara-gara henpon kehabisan bateri. Public phone menjadi agenda pertama sejak bola mata aku sakit diratah cahaya lampu yang kuning malap. Ya sini memang banyak public phone. Tapi satu pon tak berfungsi. Puas aku maki! Masih tetap tak berfungsi. dia terus membisu. menunjukan muka blur sambil mengejek aku! menjelirkan lidah serta menganjing aku! "oh! dulu kau sombong! sejak kau mula kenal telefon tanpa tali.. kau mula lupa aku.. sekarang, rasakan. Apa yang aku rasa! ditinggalkan..! "

Sapa yang nak pakai kau lagi era ini? kena masukan syiling setiap kali nak guna kau. Syiling pulak kena simpan dalam kocek. berat! Kau kenal dengan teknologi Touch Skrin? Orang dah tak pakai butang macam kau! 

Aku mengherdik tanda marah. Melepaskan kata-kata hipokrit tanpa berfikir panjang. Sebab aku marah! Memang aku marah pada kau. Kau tau Teknologi memacu kami kedepan, jauh meninggalkan kau! Itu semua agenda teknologi. Kami dipaksa kedepan, sementara kau masih dibelakang. Terlekat didinding banggunan, sunyi! Aku faham, tapi kau juga mesti tau sesuatu, kau mesti tau bahawa aku rindu untuk menyimpan syiling penuh-penuh dalam kocek, semata-mata nak pegi bermain dengan kau. Nak main tekan-tekan nombor yang tak dikenali macam dulu.  Kau ingat lagi?


Suara hujan makin kuat memekik, dan bunyi Hon sebuah teksi mengacau conversation dalaman antara aku dengan Public Phone tadi. Teksi itu berhenti betul-betul depan aku. cermin tingkap diturunkan sedikit, Aku merenung dalam gelap sambil mengerutkan dahi. Aku nampak seorang driver yang mukanya ada iras-iras Mahatma Ghandi, kulitnya gelap. lebih gelap dari aku. Suaranya sayup-sayup memanggil, sambil bersaing dengan suara hujan yang makin galak memekik.

Aku cuba berbumbungkan beg yang terisi kasut tadi, dengan harapan dapat elak dari basah. aku berlari-lari gedik macam seorang perempuan, memang aku takut jatuh, selipar aku licin, tambahpula jalan basah dek hujan yang melebat. Aku sempat rasakan air memercik sampai ke keting. kaki seluar aku basah.

Dalam teksi. Sejuk, Aircond kuat dipasang. Belum sempat aku panaskan punggung yang mengeletar sejuk, aku dapat rasakan tayar teksi tersebut sudah pun bergerak menuju kedepan . Tayarnya mencengkam kuat jalan-raya yang basah. membelok dan buat U-turn dengan laju. Aku belum sempat menanyakan apa-apa. Belum sempat menanyakan harga, kadar tambang yang dicas untuk satu destinasi. Apatah lagi untuk memberi tahu tempat.. Mahatma Ghandi ini terus memacu pacuan empat rodanya dengan muka yang menyakitkan hati aku. Ah.. naik saja lah..

"Hang nak balik mana? " tanya Mahatma Ghandi setelah lama mendiamkan diri.
Aku terangkan lokasi rumah aku, dia diam saja sambil mengangguk. Matanya memandang kedepan, hujan makin lebat menampar cemin depan teksi. Wiper digerakan laju.

"bang ! tambang berapa bang? " Aku memecahkan suasana sunyi setelah sekian lama. Mengajaknya untuk bersembang. Ternyata soalan aku lambat dijawab. Mahatma Ghandi diam agak lama. Dahinya berkerut, seolah memikirkan sesuatu yang sangat penting, mungkin dia tengah memikirkan tentang hadiah apa yang nak diberikan kepada guru sekolah rendahnya dulu. Maklumlah, hari guru hampir tiba.

"Dalam 25 ringgit ja.." What? 25 ringgit ja? mahalnya. Mulut aku puas memujuk minta tawar, tapi mulutnya kata harga tetap sama! sampai aku penat untuk memujuk merayu lagi.. Ah lantak lah.. asalkan boleh balik rumah sudahlah.

Kenderaan yang aku naiki terus dipacu laju. Matanya memandang depan. Aku merenung saja sisi kiri mukanya dengan rasa sakit hati. Merenung dengan penuh benci, aku leka saat itu.. tiba-tiba dia memaling muka ke arah aku. Menjelirkan lidah sama macam Public Phone tadi. Menganjing aku juga sama macam Public Phone tadi. Jantung aku berderau laju, nafas aku sedikit mencungap dan refleknya aku menggenggam jari-jemari kemas-kemas, penumbuk dibentuk, kudrat dijanakan, lalu satu hentakan padu aku sasarkan tepat ke batang hidungnya yang mancung tapi melengkung! rasakan !!... Ahh...

Pedel Brek ditekan, seraya teksi diberhentikan. Aku membayar tambang dengan cepat, sedikit pon aku tak tengok muka pemandu teksi tadi. Meluat. Kini tapak selipar aku menyentuh jalan tar yang basah. Aku tak pedulikan lagi siapa Mahatma Ghandi. Lupa. Perasaan benci tadi terus ghaib dengan tiba-tiba. Hilang. tak tahu kemana. Rugged punya mimpi. 

Sekarang bola mata aku membeliak. tubuhku berdiri tegap. Hujan masih turun, tapi renyai. Aku nampak dua ekor kambing atas bumbung kereta Toyota DX putih di depan laman sebuah rumah yang separuh bata dan separuh kayu. Rumah yang dicat dengan kaler Maroon. Lamannya juga banyak ditanam pokok-pokok bunga, Aku yakin tuan rumahnya sangat rajin berkebun. Aku terpesona. Tergamam. kaku seketika. Rumah yang cantik ini betul-betul berada depan mata aku.

Aku membisik dalam hati : Sinilah tempat aku mandi selut,mandi parit! tempat aku bermain dengan taik kambing dijalan-jalan, taiknya merata-rata. Diatas bumbung kereta toyota DX putih milik orang tuaku. Kalernya hijau-gelap kalau dilarut dengan air hujan. Cantik bulat kalau kering, macam Maajun buatan kampung, yang paketnya plastik jernih, distapler. lalu ditempek kertas label 'Maajun Tenaga Lelaki' . Lalu maajun itu dihulurkan kepada seorang kawan, kawan yang sangat daif ! yang sangat buta sampaikan taik kambing dengan maajun pon tak dapat beza! bodoh. Tanpa sebarang usul periksa dia menelan. masuk ketekak. ditelan lagi. jatuh keperut. dihadam, dicerna, di proses. di kitar. lalu diteran. jadi najis semula. busuk! 

Aku ketawa. hujan yang renyai kembali lebat. Memori aku pon menghujan dengan lebat. sama-sama lebatnya.

Mata aku basah depan rumah, dalam basah hujan. sambil terbayang kisah-kisah disekitar rumah tersebut. Cantik. Nostalgia. Rindu.


24 comments:

ascil.punye.lah said...

hakhakhak tergelak bab maajun tuh.

eh asal ayat best best ek?

Aliff Haikal said...

weh kau ni memang terbaik ah dalam mengembangkan cerita! aku salute !

aku suka part ni

"oh! dulu kau sombong! sejak kau mula kenal telefon tanpa tali.. kau mula lupa aku.. sekarang, rasakan. Apa yang aku rasa! ditinggalkan..!

bytheway , semua tu mimpi ke ? =.=

Black Jeepsu said...

Khayalan aku ja masa 1 st time pijak shahab perdana... hehehehe.. berdialog dengan diri sendiri.. itu hobi nama nya..

Terima kasih sebab membaca..

Ardini Izzati said...

Wahh kagumlaa dengan penulisan awak :)

Unknown said...

haha majun taik kambing..

Camy Alya said...

taik kambing, maajun haha

cerita ni best. salute lu :)

Deleted said...

perghh ayat..haha thaks follow

Tinta Lana said...

Salam black..awesome! Puas aku pikir, pe la ko nak smpaikan sbnrnya,bhahaha.

Mahatma Gandhi, tak pasai2 ja,hehehe.

Dah, dah boleh mula buat draft da ni, best baca! punggung menggeletaq la, taik kambing ngan ma'jun la,dgn public phone pon, ko cari pasal gak,hahaha

Anonymous said...

Wah! bagus, saya dapat simpulkan penceritaan saudara dengan ungkapan "mikro terpilih" teruskan ya ;)

Anonymous said...

Terbaik.. rare !

Jo-Blogger said...

sy singgah sini dan follow.nt follow me back..

Ummi Rai said...

Haha.Cantik punya jalan cerita.LOve the part conversation dgn public phone ^^

Unknown said...

aku suka jalan cerita kau. aku nak list kan blog kau dalam linkies aku. superb!

Jujurara said...

ahahaha.kadang2 lawak jugak kan..:P

Unknown said...

pandai kau mengolahkan ayat yer,,ada pasal makjun sekali tu.

si robot comel said...

aku baca sambil senyum-senyum :)

tirahzairi said...

boleh buat novel nie...hehe

Puteri Nurul Ain(Putt) said...
This comment has been removed by the author.
Puteri Nurul Ain(Putt) said...

*speechless

Zehan Ilyana said...

wah..berbakat menulis rupanya..:D

Merah said...

hahahaha ! salute ! besstt ! lawak .

hello jeepsu ! ira dah follow , thanks for visiting my blog :)

N.A.B.I.L. said...

Hilang stress kerja aku..baca ko punyer citer sue...bila nk mai lpk sni lg???

wisata bakti alam said...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

lelamaisara said...

wah...suke bace...senyum bace kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...