nuffnang

June 20, 2012

Dialog June 2012 #

Ahh.. Seleraknya walkie talkie atas meja ni, dengan mic bersepah, bateri pula entah kemana, hailer, kertas-kertas nota sana-sini, Laptop, Charger bateri, handphone, kulit kuaci, bah kan sisa-sisa sotong kering pon berlanar-lanar, berserak-serak atas permukaan meja kayu yang sedang aku buat lapikan siku sambil tapak tangan menongkatkan dagu.

Aku duduk di atas kerusi sambil perhatikan semua alatan yang berselerakan depan mata aku, maklum lah Biro Teknikal Minggu Destini Siswa. Menelan dan menghadam barang-barang teknikal seperti ini adalah perkara mudah bagi aku, sama mudahnya dengan merebus Maggie Kari dalam Tupperware .

Bilik gerakan nih pulak dah berkubang sejak semalam lagi. Setelah digempur padu oleh gelombang pendaftaran dari pelajar asasi yang mendaftar di Universiti teknologi Mara,  di kampus aku, Kampus Puncak Alam, Jumlah mereka sangat ramai. Bayangkan, 3000 tentera berkuda dengan lengkap berperisai datang menyerang pasukan aku yang hanya berjumlah 80 orang.! Habis kucar-kacir jiwa aku diceroboh ragam-ragam skematik mereka yang konon-kononnya bijak nan lagi nuansa.

Pandangan aku kini tertumpu  pada walkie talkie yang tertera jenama Motorola.  Ahh.. Apa nak buat nih. Nak balik tidor tapi kena tunggu Postmorterm pulak. Hermm lepak aja lah dulu.  Sambil usyar-usyar orang sebelah kiri aku. Kelihatan dimuka nya penuh riak-riak resah yang gelisah. Aku memandang sahaja segala perilaku kurang sopannya yang lansung dibuat-buat tanpa segan silu, dia menarik muncung mulutnya jauh kedepan, sambil mengadap laptop jenama Compaq, sementara jari kelingkingnya mencungkil-cungkil sesuatu di hujung lubang hidungnya. Aku terus perhatikan lagi adap sopan orang timur yang dilacurkan sebegitu rupa.

Mousenya digerak-gerakan oleh tangan kanannya, sekejap ke butang (pangkah) sekejap ke butang minimize yang tertera di skrin Laptop, perkara itu berulang-alik hampir berkali-kali depan mata aku, sampaikan aku terasa seperti ingin menampar sahaja mukanya yang semakin dimuncungkan.


"kau kenape? "

"Takk! aku stress! "

"Stress kenape? "

" Stress laa.. Summary aku tak siap lagi..  minggu depan nak kena hantar.. "

" Ohh.. kalau macam tuh, buat lah sekarang.. "

" Tak boleh! aku mengantok gilerr.. aku dah tak boleh pikir apa dah. "

" Emm.. ha... kau nak solusi masalah kau ni tak? "

" Nak!! macam mane? "

"Kau gerakkan mouse kebutang paling bawah dan paling kiri, kau klik, kemudian kau klik lagi satu butang yang tertulis perkataan 'shut down!' "

" Ah!  Bengong lah kau nih..Tak boleh!! kalau aku tido , tak siap lah keje aku nanti..! " Marah seorang gadis yang aku baru saja berkenalan sejak 3 hari lepas.

Selepas jawapan itu tersembur dari mulutnya aku terus mendiamkan diri, membiarkan segala perkara berlaku  disekeliling sambil termenung ke arah jam yang dipaku didinding hadapan. 2.45 pagi. Jarum jam ligat berputar mengikut laluan yang ditetapkan untuk nya. Enjin jam pula pasti ketika ini sedang ketawa terkekek-kekek melihat aku dimarahi oleh seorang gadis bermulut muncung.  Dan aku yakin Si-Jarum Minit, dan Si-Jarum Saat pasti menurut serta Si Enjin Jam itu untuk turut sama mengekek-kekek ketawakan kami, ketawakan manusia-manusia seperti kami di pentas bumi ini, yang kerjanya hanya tau merungut, meracau, merengek dan bermenung seharian .

3.20 pagi. Ahh pantasnya kau bergerak wahai masa! baru sekejap aku berimaginasi tentang kau! kau dah tinggal kan aku.. Tak guna!

Mata aku berpinar-pinar. Seperti baru terbangun dari tidor, dan dalam tidor itu ada mimpi, dan dalam mimpi itu pula ada enjin jam yang tak guna! terbayang-bayang lagi mukanya yang seolah-olah meminta penampar dari aku, lelaki yang sangat dahagakan air pada ketika ini. Sambil mengosok-gosok kelopak mata yang sedikit bertahi mata. Telinga aku menangkap bunyi dengusan yang kuat dari orang sebelah. Nafasnya panas, sekejap mengena kulit tangan aku yang sejuk digigit Aircond.. Aku menolehkan kepala dan memandang biji matanya, layu.. tapi masih kuat untuk menahan pancaran cahaya terang dari skrin laptop.

"  Summary kau dah siap? " aku menyambung dialog yang terputus sebentar tadi.

" Tak! aku tak buat pon lagi, aku mengantok sangat! Ahh stress nye.. "

" Habis kau nak buat apa sekarang? "

" Jangan tanya aku boleh tak? aku tak tahu lahh!!  "

Untuk kali kedua aku menghentikan perbualan, aku merenung matanya tajam, kali ini mata kami terkunci, dia juga memandang bola mata aku dengan rapat! Aku menajamkan lagi lensa mata kedalam biji matanya yang sedikit merah kerana tak cukup oksigen mungkin. Dalam. dan dalam. Semakin dalam aku fokuskan lensa mata ke biji matanya semakin aku ternampak huruf-huruf  B, O, D, O, dah H yang baru saja menjelma, melompat-lompat sambil menari-nari tanggo dengan irama muzik mexico ala-ala lagu Alizee.. Ahh! kaki aku terasa menggedik-gedik pula. Seperti ingin menendang padu-padu, huruf-huruf yang kurang ajar ini !

Belum sempat aku habiskan huruf-huruf kurang ajar tadi tiba-tiba satu huruf  'F' pulak masuk dengan pantas di skrin mata aku, lalu diikuti dengan 'A' kemudian 'C', 'E', 'B','O','O', dan 'K' !  Ahhhhh!! Shit ! Gabungan huruf-huruf ini membuatkan saraf-saraf dikepala aku berhenti berfikir dan serta merta menyentap imaginasi aku satu persatu. Dan dengan kadar segera ikatan yang mengunci mata  kami tadi pon tertanggal dengan sendiri.

" Kau ada facebook? "

" Ada.. tapi aku sebenarnya tak suka sangat main facebook nih, "

" Kenapa kau tak suka..? "

" Yelah, sebab facebook lar buat orang bergaduh sana-sini.. gossip, mengumpat! lagipon aku bukan jenis suka add -add orang.. so aku tak suka lah facebook "

" Habis,  buat apa kau buat facebook.? "

" Alaa.. suka-suka.. "

" Kalau kau Online, kau buat apa ja? "

" Emm.. Update status, komen-komen sikit, chat dengan kawan-kawan, lagi pon aku bukan jenis suka bersosial sangat.. "

" Ohhh... (sambil menganggukan kepala ) kau ada friendster? "

"Ada! "

"Ohhhhhh...( mengangguk lagi)  Myspace? "

" Ada... tapi orang dah tak main la myspace sekarang nih! "

" Ehh.. kau ada twitter? "

" Haa.. nih yang paling aku tak suka.. twitter.. twitter nih bagi aku.. macam busy body.. buat apa kita nak jaga tepi kain orang kan? baca twit orang? buat apa nak tahu apa yang dia buat.. biar lah die nak buat apa pun.. macam tak ada faedah jee! Aku tak sukalah follow-follow Artis-artis ke, Najib ke, Nik Aziz ke..,  "

" Tapi, kau ada tak? "

" Apa? twitter? mesti la ada! tapi untuk suka-suka je.."

" Kalau kau buka twitter kau buat apa ja..? "

" Aku? twitt laa.. update apa yang aku buat time tuh.. tuh jee.. ehh yang kau nih tanya-tanya aku kenape? kau nak tau apa dari aku..? "

"Saja ja.. bosan-bosan... ehh!! haa.. lagi satu! kau ada belog? "

"Ada.. tapi aku ada account ja. aku tak berblogging, aku cuma baca belog-belog orang tertentu ja.. yang aku rasa nak follow aku follow lah! Ahh.. kau dari tadi asyik tanya aku je.. diam lah !.. aku dah mengantok dah nih... malas nak layan kau ! "

" Oit ! bangun la kejap.. follow lah aku.. Aku pon ada blog!  kau tak nak follow aku ke? "

Jari telunjuk aku mencucuk-cucuk lengan kanan nya berkali-kali untuk memberi isyarat supaya bangun dari tidor. Namun tidak ada tindak balas reflek daripadanya. langsung!

Seorang lagi hamba Allah sudah terlelap. 

Skrin laptop terus memancarkan cahaya putih yang menyakitkan biji mata. Juga Kelihatan jam berbentuk bulat didinding bilik gerakan ini pon tersengih-sengih kambing melihat aku, menjeling-jeling manja seolah-olah aku telanjang bogel didepannya.  ! Huhh... Cukup kurang ajar..


Catatan MDS , UiTM Puncak Alam
Bilik Gerakan , June 2012

11 comments:

Deleted said...

cuba memahami, tp tak phm langsung. hahaha

syafiqa said...

haha aku juga ada semua acc.tp hanya
aktif di blog.dan twitter kdg nya

mari jumpa di sh.alam!bole aku tng
kan.mihmih

Black Jeepsu said...

syafikakarim: hang cakap kat sapa ayat nih "mari jumpa di sha alam , biar aku terang kan?"

??

Black Jeepsu said...

nurshamila : maaf lah.. kdrana membuat kan anda tidak paham..

lelamaisara said...

Berdialog dengan sape ni..hee...
Aku ada facebook tapi tak da twitter...heeee....

Black Jeepsu said...

dengan seorang gadis yang baik hati .... ngeee :0

Merah said...

ada facebook , ada twitter , ada myspace , xda friendster

Aliff Haikal said...

haha cantik gila entry ni ! gelak aku baca entry ni . menarik ! ~:)

aku ada semuanya . kau taknak follow twitter aku ? :p

Black Jeepsu said...

alip kasi laa.. nanti aku follow hang.. hee (boleh twit-twit)

Merah (tak berapa update la kan kalau takda friendster zaman dulu.. hehehe

Liza Razak said...

saya ada facebook, twitter, friendster, myspace dan blog..gila kuasa tak? hehe

Black Jeepsu said...

haha.. sangat gila kuasa liza razak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...