nuffnang

May 10, 2012

TESIS: Kaitan Che Guevara dengan Mak Aku #

Kepala aku masih lagi sakit-sakit. migrain agaknya. Mungkin terlalu banyak mengkaji sejarah Che Guevara dan salasilah wanita bernama Che Enson, yang tinggal di kawasan setinggan dalam satu daerah di negeri Kedah, utara tanah air.yang juga  bakal menyambut Hari Ibu serentak dengan seluruh kaum ibu di dunia ini .

Aku terus terbayangkan wajah Che Enson dan Che Guevara sebaik saja kelopak mata ini terbuka dari dimensi yang gelap sejak semalam. Alarm dari henpon kuat mengejutkan aku. Jam 9.15. Ahh dah lambat 15 minit!!

Hari ini aku bangun dengan jiwa yang sangat tidak puas hati.  Kehidupan pagi aku telah dicuri oleh seorang pensyarh yang nyata mempunyai niat tidak baik terhadap aku. Pantas aku bangun.

Basuh muka, gosok gigi 3 minit. Pakai baju 2 minit. Jalan kaki ke kelas around 10 minit. total 15 minit, tambah bangun jam 9.15pg  jadi bermakna  jam 9.30 aku dah berada di kelas. Mandi? haa.. sebelum korang kutuk aku pasal tak mandi ke hapa aku nak tanya korang! dari mana korang belajar hukum wajib mandi setiap kali nak pegi kelas nih ?  setiap kali nak pegi jusco bukit tinggi kena mandi ? Nak keluar dinner dengan buah hati pon kena mandi jugak ke? ha.. tidak kan? Aku pon tak pernah pulak terpikir bab hukum-hukum wajib mandi ni. kalau bab mandi wajib aku tahu lar.. ( malas mandi sebenarnya :) dah lambat !)


Islam mementingkan kebersihan dalam apa jua keadaan sekalipon, kita perlu bersih, sama ada dalam ibadat, atau pon bersih dalam duniawi. bersih dari segi hati, permikiran, pandangan, perbualan, pergaulan, hak, keadilan dan sebagainya.Islam itu agama yang bersih lagi suci

Selagi tidak ada najis, lumpur, hadas besar ataupun bau badan yang boleh menggugat orang awam, aku takrifkan sebagai masih bersih. Dan untuk memastikan keadaan tubuh aku  benar-benar bersih dari bau dan najis aku cuba la jugak check-check kat cermin pagi tadi , mana lar tahu kalau-kalau housemate aku tiba-tiba kena penyakit gila. tengah-tengah malam masuk bilik dan berak atas badan aku yang ada iras-iras badan Jade Yorker dalam citer Gridiron Gang tahun 2006 .

Depan pintu masuk Dewan Kuliah 7 . Aku tengok jam. 9.35. Ahh.. dah lambat 35 minit. kenapa lebih 5 minit pulak ni?  Bermakna kiraan aku telah tersasar 5 minit. Sepatutnya 30 minit tepat aku lambat. Basuh muka, gosok gigi 3 minit, pakai baju 2 minit, jalan kaki ke kelas 10 minit. habis dari mana datang 5 minit lebih tadi?

Orang kata, biasanya bila sesorang tuh tengok cermin, dia akan mengambil masa yang lama. mungkin dalam hati puas memuji tuhan atas kehenseman diri, walaupon  bentuk badan tak macam dwayne johson (the rock) tahun 2006. Ataupon perasan diri cantik jelita dan seksi dengan memiliki bentuk tubuh seperti neelofa dan raut wajah yang manis macam nora danish. Lalu kecantikan itu diperagaankan dan dilacurkan .


Sekarang aku dah tahu dari mana datangnya 5 minit yang tersasar dari pengiraan aku tadi. Ya.. Dari cermin tadi.

" Why you  not give me Salam huh? Just said that you  late! Or maybe.. Sory madam, im late!  ? " Hentakan suara seorang pensyarah berbangsa china yang sudah Menopouse memecahkan khayalan aku tentang Cermin tadi.

"Saya tengok madam tengah bersembang tadi, saya tak nak lar ganggu " Aku memberi jawapan untuk soalan yang ditanya . jawapan yang sangat berhemah bukan?

Dan lepas jawapan itu diberikan. Bebelan demi bebelan dilemparkan kepada aku. Bebelan biasa yang korang akan dengar dari mulut seorang warga pengajar dari tahun 80s sampai 2012. Menjawab!

Aku pekakan telinga. Seperti biasa. Seperti hari-hari yang lepas. Seperti minggu-minggu yang lepas, Seperti bulan-bulan yang lepas, juga seperti tahun yang lepas-lepas.

Aku duduk dikerusi yang empuk dalam dewan kuliah. Sambil minda aku terus dihujani konflik Che Guevara. Projektor dipasang, dan Slide presentation terpampang. Ahh.. lupa lagi hari nih ada presentation. Nasiblah kerja dalam group. " weh.. turn kita lepas nih" Seorang kawan yang sama group dengan aku mengupdate information, alaa.. macam update status kat Facebook! tapi kali nih dia update tepat kat Face aku.

Mata aku Tak tertumpu kepada slide presentation pada pagi itu. Subjek Anatomy & Physiology yang bakal membuatkan saraf-saraf otak aku kembali Migrain! Mata aku tertumpu kepada gelagat kawan-kawan dalam kelas yang sama. Dari sorang ke sorang aku usyar. Tada yang menarik untuk pandangan aku, sampai lar ku terpandang tepat ke arah belakang badan individu nih .Dari baju kurung kedah kaler hijau muda dan corak bunga-bunga kecil kaler kuning aku dapat meneka bahawa dia seorang perempuan. takan lelaki pakai baju kurung pulak kan?

Pandangan Aku masih tertumpu pada pelajar perempuan tadi, dari posisi aku, aku cuma nampak sisi kiri badannya saja. Sambil didepannya terpasang laptop yang modelnya aku tak dapat pastikan. Aku cuba perhatikan lagi apa yang terdapat di skrin laptop itu. Mana lar tahu kalau-kalau tengah layan Movie, Cowboy Versus Allien ka. Walking Tall lakonan Dwayne Johnson ka.. boleh jugak aku join sekaki. Aku tajamkan lagi lensa mata aku ke skala yang lebih tinggi. Eh? Cermin? Sejak bila ada Aplikasi cermin dalam Laptop nih? takan program terbaru dari Windows? Windows Cermin!  Ahh.. tak mungkin..


Perempuan dan cermin memang tak dapat dipisahkan ! 




" I will give you all assigment's mark at around 7.5, semua sama hah . Adil ! 


"Madam ! kenapa tak 8.5 ke 9.5 ke... dan kenapa nak bagi semua markah sama? bantu la kitorang"


"No ! i will bantu you.. i promise i will bantu you, but you mesti bantu diri you, score final exam. bukan assigment! "


Aku mendengar saja perbualan antara seorang pensyarah dengan anak-anak didiknya. Nampak jelas si anak didiknya tadi tidak berpuas hati dengan keputusan yang diberi. 7.5 je? semua? sama? adil? assignment? Final ? Carry mark ? what ???

"macam mana pun.. i tak boleh bagi you markah penuh.. ini salah " katanya lagi..

Maknanya takan ada seorang pon pelajar akan dapat markah penuh? walaupun pelajar itu sememangnya layak untuk mendapat markah penuh dengan usahanya yang bersungguh-sungguh? Ya! Inilah sistem pendidikan yang diterapkan dalam kepala orang-orang terdahulu. Daripada 10 peratus. Cuma 9 ja boleh bagi paling tinggi ? PALING TINGGI !!!

Aku menyeluk poket beg . Dikeluarkan buku nota yang covernya dibalut dengan halaman-halaman dari komik Gempak-Starz, luarnya lagi dibalut gunakan plastik. Tada duit nak beli kertas pembalut buku warna-warni yang ada muka Doremon  macam sekolah rendah dulu.Ketika aku masih belajar menulis dan mengeja perkataan  S.A.Y.A. SAYA! masa nih juga aku belum mengenal apa itu blogging dan tidak pernah dengar langsung tentang sesorang pejuang revolusi berbangsa argentina, Che Guevara.

Satu demi satu halaman buku nota tersebut diselak. Sampai ke satu halaman yang mana ada tertera tulisan aku.  namapon buku nota aku kan? mestilah tulisan aku.

"The moon is a friend for the lonesome to talk to!" 

Satu quote yang terdapat dalam nota aku, Seluruh minda aku tertumpu pada ayat tersebut. Itu ayat dalam citer GridironGang. masa Dyane Rolling berpuisi selepas rakannya baru keluar dari jail juvana. Roger. Jade yorker buat muka seposen masa tuh. Seorang Nigga kulit hitam Amerika. Sama macam aku. Cuma aku bukan Nigga. Melayu kulit gelap, Malaysia. Dan kalau Dyane Rolling boleh berpuisi macamtuh aku pon boleh! "The blog is a friend for the lonesome to talk to"


Jelas! kenapa orang berfacebook, berpencicit, dan berblogging. manusia tak dapat hidup tanpa 'sesuatu' yang boleh dipanggil 'kawan', sama ada maya, atau realiti, bergantung kepada situasi. 


Dua minit selepas  Dyane Rolling membaca puisi tersebut. Roger wheather mati dilanggar dengan kereta milik Gang 95.. sejak hari itu Jade yorker kehilangan kawan baiknya . Depan matanya sendiri.

Kringgg!! Bunyi loceng menandakan tamat waktu pelajaran dalam kelas tengah hari  itu! Dengan secara tiba-tiba dewan kuliah yang canggih dengan sistem audio dan visualnya tadi berubah jadi kelas 6 BERTUAH Sekolah Rendah  aku dulu? Apakah mesin masa Doremon membawa aku balik ke tahun 2003 semula?  yang tinggal cuma papan hitam yang diconteng oleh pelajar darjah 6 dengan menggunakan kapur putih. Mana pergi projektor dan slide Presentation tadi?  mana pegi pensyarah yang Menopouse tadi? mana pegi budak perempuan dengan Windows Cerminnya tadi? mana pergi jade yorker dengan Dyane rolling tadi ? ahh...

Kepala aku terus sakit. Migrain menyerang lagi. Mata aku terbuka, melihat sekeliling! Ahh.. kelas dah habis? Cepatnya. Tanpa melengahkan masa aku  terus balik kebilik. aku nak balik dan siasat siapa Che Guevara ! dan siapa Che Enson. itu Objektif hidup aku untuk hari ini.

Sampai dibilik. aku terus On komputer . Baju dibuka dan dilempar ke atas katil. aku menyalin seluar dengan memakai kain pelikat. Sebelum aku mulakan Research pasal Che Guevara dengan Che Enson baik aku tunaikan kewajipan sebagai Makhluk Allah s.w.t dimuka bumi ini. Sambil aku selitkan dihujung doa.

Ya Allah.. Engkau permudahkanlah urusan tesis ku yang berkaitan Che Guevara dengan Ibu kandungku. Che Enson ini . wahai Engkau Tuhan yang Maha Mengetahui segala apa yang ada dibumi dan dilangit... 


Jari terus bergerak. Cursor juga bergerak-gerak. Tindakan Refleks dari mouse yang aku gerakan. Aku perinci-kan latar kehidupan Che Guevara dan latar kehidupan Che Enson. Aku bandingkan satu persatu dengan teliti. Dari satu aspek ke aspek yang lain. Mata aku terus tertumpu di laman Wikipedia, dan kadang-kadang beralih ke laman-laman lain mencari sumber-sumber penting melalui Google . Setiap sumber yang dijumpai disimpan dan dijadikan bahan rujukan dalam tesis ini.


Membuat reseacrh adalah perkejaan yang sangat memenatkan.

Sesekali aku rehatkan minda dari terus berfikir, beralih ke laman sosial terkemuka seperti facebook mmg kadang-kadang dapat merileks kan otak yang tengah kusut dibelit seribu misteri. Aku baca update2 terbaru dari rakan-rakan. Mouse digerakan  lagi, scroll, scroll,scroll. dan terus scroll ke bawah. ehh.. scroll balik keatas. ada sesuatu yang pelik .aku memerhatikan satu gambar yang dipaparkan diskrin komputer. Aku cukup kenal dengan wajah dalam gambar itu. wajah yang cukup familiar dimata aku. Tahap curiousity aku naik dengan melampau. Aku klik pada gambar itu untuk dibesarkan, ya.. tidak syak lagi. wanita berbaju kurung kaler hijau dengan corak bunga kaler kuning.  Aku baca status yang ditulis diatas gambar itu : busan-busan dalam kelas.. macam ni lerrr...!  DAMM!! Ini lar muka dalam Windows Cermin tadi?  diupload dan diupdate tepat jam 10.00 pagi 10 may 2012.

Ah.. aku tak boleh leka macam gini. sampai bila tesis Che Guevara akan berakhir kalau berfacebook ja kejanya? Marah suara kecilku sendiri . tanda protest dengan facebook!

Selepas berjam-jam aku mengadap Wikipedia akhirnya aku menjumpai sesuatu yang sangat penting dalam tesis ini . nak tahu apa? Ya.. tandatangan Che Guevara  itu, menarik perhatian aku.

Aku meniliti tandatangan milik nama penuh Esterno Che Guevara. Aku Print Out. sambil terus membelek-belek tandatangan itu. Ya.. tidak syak lagi. aku dengan sepantas kilat  menyelongkar kotak-kotak dibawah katil. Mencari sesuatu. Sesuatu yang mungkin boleh dijadikan bukti. Sebuah File aku temui dalam kotak tersebut. aku mencari-cari Buku Laporan Sekolah  tahun 2003. Jantung aku terus berdebar-debar. heartbeart makin laju. cardiac output semakin meninggi. injap Atrioventricular pasti terbuka-tutup dengan pantas ketika ini. aku membuka helaian pertama dari buku laporan tersebut. Kalau benar tekaan aku, kita bakal menjumpai satu bukti yang hebat! Mata aku tertumpu...

Yeahhh!!!!! tandatangan mereka sememangnya sama! sangat sama kedua-duanya. malah tidak ada cela satu pon. Ini bukti pertama yang aku jumpai. Tapi apakah ini sudah menunjukan tesis aku berjaya? Sedangkan dari aspek-aspek lain sangat bercanggah antara satu sama lain. huh.. Aku menarik nafas lega. sekurang-kurangnya aku menjumpai sesuatu. Dan mungkin satu hari nanti aku akan temui bukti-bukti yang lebih padu. siapa tahu kan?

***

Aku memandang kalender 2012 yang ditempek di dinding bilik aku. tarikh 14.5 dibulatkan.  hari ni dah 10 haribulan, bermakna tinggal 4 hari lagi untuk aku menduduki exam Anatomy&Physiology. Dan dengan berakhirnya Exam tersebut bermakna aku telah bebas dari penjajahan serta penderaan subjek biology terhadap fizikal dan mental aku. Dan itu juga bermakna aku boleh balik ke kawasan rumah setinggan di Utara semenanjung. Dan aku bakal bertemu wanita bernama Che Enson Binti Kasim. Wanita yang namanya tercatat dalam tesis aku.

Untuk Ibuku. Che Enson Binti Kassim. Semoga sentiasa sihat dalam setiap hari-hari-mu.

Signature Che Guevara yang
 sama dengan  Signature
 mak aku! :D


24 comments:

Anonymous said...

Bapak panjang entri! tapi aku habis jgk bc. gara-gara nak tau apa kaitan che gevera ngan che enson! hahahahah

Radi

Black Jeepsu said...

Radi: semangat nak tahu kan kisah che guevara ngn che enson nih kan??? ekekeke

ascil.punye.lah said...

haah lah.wajib ke mandi?ahahahaha.
chillax sudah.kalau tak sempat je bole wat camtu.kalau sempat,mohon pergi mandi!ahaha.

Black Jeepsu said...

hahah (ascil pon mesti selalu buat perkara nih jugak kan??)

Camy Alya said...

pegi kelas tak mandi rupanya. cisss

cha'e said...

bapak panjang entry neh bro . pergh. .oh kalau tak mandi tu bukan satu jenayah. haha. . mungkin orang yang mandi tu orang yang terasa diri dia busuk. *eh*

Anonymous said...

"The moon is a friend for the lonesome to talk to!"

Satu quote yang terdapat dalam nota aku, Seluruh minda aku tertumpu pada ayat tersebut. Itu ayat dalam citer GridironGang. masa Dyane Rolling berpuisi selepas rakannya baru keluar dari jail juvana. Roger. Jade yorker buat muka seposen masa tuh. Seorang Nigga kulit hitam Amerika. Sama macam aku. Cuma aku bukan Nigga. Melayu kulit gelap, Malaysia. Dan kalau Dyane Rolling boleh berpuisi macamtuh aku pon boleh! "The blog is a friend for the lonesome to talk to"

Jelas! kenapa orang berfacebook, berpencicit, dan berblogging. manusia tak dapat hidup tanpa 'sesuatu' yang boleh dipanggil 'kawan', sama ada maya, atau realiti, bergantung kepada situasi.

Dua minit selepas Dyane Rolling membaca puisi tersebut. Roger wheather mati dilanggar dengan kereta milik Gang 95.. sejak hari itu Jade yorker kehilangan kawan baiknya . Depan matanya sendiri.

Aku suka part nih! Friend forever! gridiron jugk satu cerita yang sgt menyentuh ati..

nice! Radi

Niza Romli said...

Nak tau punya pasal aku pulun pi gugel pasal che guevara ni jgk...

syafiqakarim said...

wa teringat lec wa sorg ni.
kalau class dia lewat 15 min,dia xbg masuk.pastu kalau xbg salam kt dia,
punnnn dia xbg masuk.

Minah Kerek said...

What I can say is ;haha,nice entry :) .You make me miss my mom lah ^^

Black Jeepsu said...

Niza: dah google apa apat?

Syafiqakarim :kalau lambat tak yah pi kelas dah! ponteng terus kekeke

MInah: hi.. thanks!

Black Jeepsu said...

Tenkiu RADI! friend forever! hehehe :)

YOUsoF said...

Aku tak berapa paham pasal che enson tapi aku paham pasal bab tak sempat mandi sebelum kelas tu adalah sesuatu yang tak menyegarkan..

Mandi untuk mejaga kebersihan dan kebersihan itu disukai ramai.. ;D

cik pha said...

kadang kadang xmandi pun xpe rasanya hhaha jimatt air sikit HAHAHAHA

cik pha said...

kadang kadang xmandi pun xpe rasanya hhaha jimatt air sikit HAHAHAHA

Black Jeepsu said...

kalau tengah hari tak mandi.. agak tak menyegarkan ugak la.. tapi pagi2 boleh excuse hehehe sejuk :)

babycomel said...

memang betul ada orang yg kadang2 malas mandi ni.. tp btl la, takde polis nk tangkap kalau tak mandi pun

Roxy's said...

lol :p you boleh tgok kat option di atas sekali , basic punya :D btw , nice to meet you , hahah :D

tirahzairi said...

tirah bru je lps kna dnda nyanyi sbb msk cls lmbt...hahhaa

Aliff Haikal said...

pheh first time datang ! aku tertarik dengan cerita kau ! damn haha

Black Jeepsu said...

tirah : baru lepas kena bebel jugak ka? hehehehe padan muka kekekeke...

Roxy: okay!

Aliff : tenkiu bro! :D

Ardini Izzati said...

Tak mandi?? Seriously?? Haha. Tobat kalau orang tau taknak pegi dekat wehh :)

teha said...

biase laa.. perempuan mmg suka cermin.. hahaha !

Jai Montana said...

steady broo..lama xterbaca mengenai che ni..steady2... ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...