nuffnang

July 23, 2010

HERO! GADIS SI SAMPUK SAKA


Matahari perlahan-lahan membenam, ringkas untuk senjakala beransur gelap. Malam sudah tiba.Aku yang terkusut masai tak tentu arah mahu beraktiviti apa dalam ruang malam yang panjang. berfikir sekejap! akhirnya tangan pantas mencapai laptop dan brodband pinjam.

Hampir-hampir punggungku ingin merebah ke lantai sambil mengenggam kental broadband dan menyendeng kuat laptop acer.tiba-tiba terdengar suara makhluk halus terpekik melolong belakang apartment sewa blok Dewi. Astana alam fasa 3 .no rumah tataw.

Roomate:"weh ko dengar tak? ada orang menjeritlah!"sambil menjenguk keluar tingkap
Jeepsu : ada! kat belakang an?"
Roomate:"jum ah turun jum!"
Jeepsu:"jum!!!"

Lantas dengan pantas aku melancar tumit tegap turun tangga kebawah. aku tak hiraukan asap-asap nikotina yang dihambur teman sebelah. suara excited dari kaca tv. dengus-dengus ingin tahu meradang dalam jiwa!

Akhirnya sampai dilokasi kejadian! ramai para huni apartment dewi menjenguk-jenguk dari bawah. sempat para tua membalut daun tembakau cina. sambil suara tepekik melolong kedengaran lagi. kali ni makin kemas bersuara! meracau-racau bagai disampuk ruh tok nenek!
suara halus seorang gadis kedengaran menyergah pak uztaz bertubi-tubi.

Dengus-dengus ingin tahu meradang lagi! kali ni sampai ke puncak!

housemate:"jum naik tengok jum"
Jeepsu:"jum!!!"

Tegap tumitku merencanakan darah-darah mehenjut kaki melangkah satu persatu anak tangga!

Oh! tidak ! terpampang buas si gadis kulit putih tersengguk di sofa luar rumah. mungkin histeria agaknya! suara menyergah lagi sekali. kemas nyaring memekik! ha suara ni suara gadis gemok dalam rumah yang sudah kena pagar dengan ahli jawatankuasa ilmu ghaib kat situ. suara sampuk saka dari kedah.

Orang berilmu" kau pegi balik tempat kau! banyak tempat kat dunia ni kat sini kau nak duduk! kau dari mana?!

Si sampuk: aku dari kedah lar!

Orang berilmu : kau pegi balik kedah!

Si sampuk: takmau! kedah jauh! aku nak dok kat sini!

Tak semena-mena member aku menyampuk. dengan nada rileks berbaur ketat slange loghat kedah kulim pekat piang

Si member:" ha elok arh.. hang nak balik jum aku ikut sekali! "

Bodoh aku tawu lar besok hang nak balik kedah Lee weh! hahaha

Orang berilmu tu pon pandang semacam ja kat kami student lelaki! dalam hatinya pasti menyumpah-nyumpah si pelaknat kata-kata itu! hek!

Lantas si abang baju biru meminta pertolongan kami untuk memisahkan dua gadis serta dua makhluk itu ke aras atas! gadis yang tersepuk di sofa itu diasingkan ke aras5

Aku memandang kilas wajah housemate aku! wajah excited dipancar tepat kat mata aku! lirikan mata yang aku sudah dapat baca ESPnya. dalam hati mungkin berdialog: yeah!! yess!!

Dengan rela hati kami semember menghembuskan sedikit kudrat dan semangat ! aku memegang kemas kaki si gadis berkulit putih melepak itu! dan member-member seperjuangan laen mengikut sambil memegang kemas pada posisi masing-masing.

Dipendekan cerita settle semua kami pon relai bersurai. tinggal si uztaz dan mereka yang berilmu je lah untuk meleraikan mana-mana yang tak kena. menjampi serapah sejonjong kalimat yakin!

Dalam rumah aku. masing-masing riuh memanjangkan cerita. masing-masing berlakon jadi si pawang dan si sampuk. bersilat gayung makrifat! ada yang naik syeikh! hahaha tiba-tiba member aku yang sorang ni terduduk penat sambil melepaskan dengus-dengus busuk excited! senyum puas!

housemate: lepas ni mesti dia cari aku pastu cakap" awak ke yang selamatkan saya malam tu?"aku pon jatuh cinta. lawa sial pompuan tuh!

jeepsu: kepala hotak la dia cari hang! bajet ja jadi penyelamat! entah uztaz tu dok kumat kamit serapah, bersilat sejonjong! hang nak jadi penyelamat? wakakakaaka baik dia bercinta dengan tok uztaz tu lah!



p/s : macamana saka tu nak blah? orang berilmu tu cakap slanga kl! hantaq p oqang kedah halau sekali dua tengok camana baqu dia paham bahasa skit saka tuh! jumpa orang kampung tak beteguq! pasai tuh dok jadi lagutu!

nota: kalau nak menolong tu niat ikhlas la wey!





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...