nuffnang

December 14, 2018

TERPANA

Saat bola mataku berselisih diantara ribuan bola mata yang bergerak mencari -cari sesuatu yang ada atau terlintas lalu dalam kepala pikir mereka.

Cuma saja ketika itu dalam kepala pikir dan bola mataku terhenti pada saat bertemu titik penyatuan diantara aku dan dikau yang masing-masing dikelilingi ribuan manusia.

Jarak kita agak jauh untuk aku menyapa, aku yang dihujung sini, dan engkau dihujung sana. dan suaraku bakal tidak didengari ketika hati ingin menjerit menanya siapa namamu. apatah lagi disaat kerompong suara train berseret dengan litarnya.

Seorang gadis, wajahnya manis dan dia punya karektor.
Aku dan dia yang sedang dalam train dari Ampang park ke KL sentral. 

Seolah-olah listrik matamu ada sesuatu yang bertaut antara kita. ku kira matamu tidak bertahan lama, lalu kau jatuh otot palpebra mu, menelan seteguk air ditekakmu tanda malu. dan pada ketika itu hingar bingar terus diam padam.

Sunyi, suara train tidak lagi berdentum, hanya kini tinggal suara anak tekak ku yang menelan air. namun bisu dari sebarang kata-kata.

Aku terus terpana melihat gelagatmu, pada ketika ribuan mata yang berselisih , kenapa hanya mata kita saja yang saling bertaut ? apa kita punya cerita sebelum ini ? atau kita bakal punya cerita di masa depan ?

June 4, 2018

BAJIWOA STUDIO YANG POWER !


Lama rasanya aku tak menulis di Blog Personal. Harini aku update lah sikit info mengenai diri ini walaupun kadang kadang rasa malas gilerr nak menulis.

Sekarang aku ada buka studio di Shah Alam iaitu Bajiwoa Studio. Bajiwoa Studio ni merupakan Photo Studio yang menyediakan perkhidmatan photography sama ada Business Shoot, Wedding Photography, Corporate Photography, Celebrity & Event Shoot. Tak lupa juga kami menyediakan servis Video Production dalam bahasa mudah dia Servis Buat Video untuk Business Owner di luar sana.

Terletak di Setia Alam, lokasi yang kini sedang membangun dengan pelbagai projek. Banyak jenama jenama gah pun dah start move sini. Kalau datang sini, jangan lupa pekena kambing sahara dan beberapa kedai makan lain yang sedap gilerr.

Alah, kalau datang sini roger lah.

Jadi kalau korang ada event, majlis yang perlukan servis dari studio silalah inform.

Ini instagram kami, jangan lupa follow :

INSTAGRAM : BAJIWOASTUDIO






 Tak pun , Google je Bajiwoa Studio. Nanti keluarlah semua information mengenai studio kami.

Terima kasih kepada yang menyokong . Love you all !

May 7, 2013

LUAR KOTAK

Kalau anda pemikir diluar kotak, silakan berfikir diluar, luar, luar kotak, seterusnya diluar, luar, luar, luar, luar, luar kotak, kemudian diluar, luar, luar, luar, luar, luar, luar,luar, luar, luar, luar, luar,luar, luar, luar, luar, luar,luar, luar, luar, luar, luar,luar, luar, luar, luar, luar,luar, luar, luar, luar, luar . Sehingga tiada lagi kotak dalam kepala otak anda .

March 24, 2013

Hikayat Seorang Pemikir

Seorang ahli pemikir ini,
sedang berdiri memikirkan tentang skala kebodohanya,

Sudah sekian lama memikir,
Akhirnya dia duduk bersila, sambil diribanya seekor serigala jinak,

Membetul-betulkan kacamatanya yang bertahun-tahun senget.
Mengelap-ngelap pula kacamatanya yang bertahun-tahun kabur,

Lalu berucaplah dia sambil merengket-rengket
terketar-ketar susuknya hingga terbit peluh dikening,
jatuh pula dalam susu sang serigala belaannya,
maka berkatalah pula sang serigala,

" Wahai orang tua, ambil sajalah susu ini untuk kamu, didalamnya banyak khasiat untuk tulang-tulangmu, seratnya tinggi, kalsiumnya juga tinggi, jangan hiraukan aku , kerana mulai hari ini aku tidak mahu lagi menghirup susu tepung duchtlady pemberianmu.  "

" Habis kau mau makan apa nanti ? "

" Aku sudah muak dengan susu suapan kau, Ya ! aku mahu hirup darah tuamu wahai orang tua, sebagai ganti atas penjara bijak yang kau bina! Sekarang tiba masanya, pergilah kau bertemu tuhanmu, kerana Dia sedang menunggu jawapan dari hikayat temberangmu... "

June 20, 2012

Dialog June 2012 #

Ahh.. Seleraknya walkie talkie atas meja ni, dengan mic bersepah, bateri pula entah kemana, hailer, kertas-kertas nota sana-sini, Laptop, Charger bateri, handphone, kulit kuaci, bah kan sisa-sisa sotong kering pon berlanar-lanar, berserak-serak atas permukaan meja kayu yang sedang aku buat lapikan siku sambil tapak tangan menongkatkan dagu.

Aku duduk di atas kerusi sambil perhatikan semua alatan yang berselerakan depan mata aku, maklum lah Biro Teknikal Minggu Destini Siswa. Menelan dan menghadam barang-barang teknikal seperti ini adalah perkara mudah bagi aku, sama mudahnya dengan merebus Maggie Kari dalam Tupperware .

Bilik gerakan nih pulak dah berkubang sejak semalam lagi. Setelah digempur padu oleh gelombang pendaftaran dari pelajar asasi yang mendaftar di Universiti teknologi Mara,  di kampus aku, Kampus Puncak Alam, Jumlah mereka sangat ramai. Bayangkan, 3000 tentera berkuda dengan lengkap berperisai datang menyerang pasukan aku yang hanya berjumlah 80 orang.! Habis kucar-kacir jiwa aku diceroboh ragam-ragam skematik mereka yang konon-kononnya bijak nan lagi nuansa.

Pandangan aku kini tertumpu  pada walkie talkie yang tertera jenama Motorola.  Ahh.. Apa nak buat nih. Nak balik tidor tapi kena tunggu Postmorterm pulak. Hermm lepak aja lah dulu.  Sambil usyar-usyar orang sebelah kiri aku. Kelihatan dimuka nya penuh riak-riak resah yang gelisah. Aku memandang sahaja segala perilaku kurang sopannya yang lansung dibuat-buat tanpa segan silu, dia menarik muncung mulutnya jauh kedepan, sambil mengadap laptop jenama Compaq, sementara jari kelingkingnya mencungkil-cungkil sesuatu di hujung lubang hidungnya. Aku terus perhatikan lagi adap sopan orang timur yang dilacurkan sebegitu rupa.

Mousenya digerak-gerakan oleh tangan kanannya, sekejap ke butang (pangkah) sekejap ke butang minimize yang tertera di skrin Laptop, perkara itu berulang-alik hampir berkali-kali depan mata aku, sampaikan aku terasa seperti ingin menampar sahaja mukanya yang semakin dimuncungkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...