nuffnang

Showing posts with label fakta double X. Show all posts
Showing posts with label fakta double X. Show all posts

July 7, 2011

Balik Kampung? Bus Express? Tips? Cuti ! = Seminggu lagi :D

Photo nih aku curi dari google Jai/org.Johor Photo
P/S : gambar nih betul2 dekat dengan rumah aku ;)



Hermm.. Seminggu ja lagi aku nak menghadapi fasa percutian.. huh tak sabar nih.. tapi nak balik ngan apa? tiket tak beli lagi? Awal2 plan nak tumpang driver Bas Uitm ja.. sekali tak jadik.. maknanya tak da pilihan lain sudah! kecuali BAS EXPRESS! hahaha

Pernah naik bas? OKAY! kat sini aku bagi Petua sikit buat korang yang nak balik kampung naik Bas express..

Beli tiket Single Seat. kemungkinan korang dapat penumpang serabut 80% dari 100%
Blackjeepsu " tak payah berangan dapat duduk dengan awek cun lah!! lagi baik dok sorang!"

Pilih seat yang jauh dari Driver Bus!

Blackjeepsu " Pernah bnyak kali dalam 6 jam perjalanan balik aku takleh tidoq sebab driver bus tuh asyik menyembang ja.. dari hal rumah tangga.. zaman komunis.. cinta.. politik.. sampai bab agama.. Apa ni? Aku bukan dalam Dewan Kuliah lahh!!"

Pura-pura bisu
Kalau korang tak dapat single seat and then dapat pulak patner korang tuh kaki menyembang tak pun orang kampung sendiri baik korang pura2 bisu ja tak pun wat2 pekak! susa2 buat2 pengsan!

blackjeepsu " kalu dilayan mamat ni satg sampai Shahab Perdana la aku dok dengaq merapu-meraban dia.."

Jangan lupa bawak sweater 2 helai..
Satu untuk anda dan satu lagi spare untuk penumpang sebelah.. mana tau dia lupa bawak.. kang tengah sedap tido tambah sejuk aircond bus tuh tak pasai2 ja kene Peluk Free!

Sediakan Beg Plastik (urine Bag)
Okey.. untuk mengelakan masa tido anda terganggu apa kata bawak Urine Bag.. paling takda pun Beg Plastik pun Okey.. Bila Driver Bus berenti kat PLUS.. time penumpang lain turun ada boleh lah kencin dalam Urine Bag tuh.. tak payah turun lagi..

Elakan dari membeli makanan dan makan dalam Bus!

Blackjeepsu " ini akan menyebabkan penumpang lain menyumpah2 anda dalam hati mereka seperti " Alaa.. sial la budak ni makan time2 nih..terlupe plak nak beli makanan tadi! aduhhh laparnya.." dan dalam masa tersebut anda memakan makanan anda seperti tak ingat dunia, seperti iklan KFC di TV3 "

Sediakan TV 32 inci!
supaya anda tak bosan sepanjang 6 jam perjalanan..

Pasangkan Astro sekali! supaya anda tidak terlepas mengikuti siaran Bola Sepak kesayangan anda! dan siaran Ulangan Nora Elena

Dapur masak supaya anda dapat berjimat dari beli makanan di PLUS yang mahal tak hingat tuh!

Mesin Basuh! supaya bila anda terberak cirit ka.. buleh cepat2 basuh! nanti takla penat mak korang nak membasuhnya bila sampai dirumah! jgn amalkan bawa balik baju busuk dan suruh mak korang basuh dirumah! tak bagus taw!

Lastly! jangan lupa membawa laptop, iphone, ipad, blackberry or henpon yang buleh connet internet supaya senang anda melayari laman sesawang Blacjeepsu ini ye? hahaha

SELAMAT BERCUTI! walaupun seminggu lagi.. erhhkk!!


April 18, 2011

April 17, 2011

6 Reason Why Sweet To Be Single

Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!

View Image

1. Freedom!
korang rase nak shopping, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ade, korang boleh buat je apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke spa. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.
2. Jadi rakan yang baik
Sememmangnya tanpa boyprenn di sisi, korang mempunyai banyak masa berkualiti bersama membe-membe. korang boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah macam main beskal kat uitm.
3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
parents sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Haaa itupun kalau korang rajin lah kan... nie tak memerap dalam bilik bagon tidoq pun da petang..
4. Buat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama. contohnye macam berblogging nie lah..:)
5. Saveee Budjet
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan bolehla dijadikan simpanan dan digunakan untuk beli barang yang diinginkan seperti membeli lappy baru . Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan mummy anda. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 spesel seperti hari kekasih, burfday la bagai-bagai.
6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada parentsnya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...