nuffnang

Showing posts with label musim semi. Show all posts
Showing posts with label musim semi. Show all posts

May 7, 2012

Mesin Masa Doraemon #

Dalam orang ramai tengah sibuk menempek gambar-gambar perkahwinan Scha-Al yahya dengan Awal-Asyaari dalam laman blog mereka sambil  masing-masing sibuk menulis nota angan-angan kiranya, nak duduk atas pelamin dengan bakal suami tercinta nanti semeriah majlis akad nikah Awal-Scha. Hotel five star. yang dihadiri golongan artis, dan VVIP. ya.. itu angan-angan mereka. setiap manusia ada hak untuk berangan-angan.

Aku terus melayari internet, mengoogle nama Che Guevara, aku nak siasat apa kaitan Che Guevara dengan Mak aku, Che Enson. Aku malas nak ambik tahu hal-hal kawin-cerai artis ni. Kalau Awal tuh jiran sebelah rumah aku ada lar jugak motif, kenapa aku perlu amik tahu, jangan sampai hal artis dikecoh-kecoh, jiran sebelah buat kenduri tahlil pon tak tahu.

Sambil-sambil baca Wikipedia pasal Che Guevara,  aku tengok ke luar tingkap. alaaa.. dah petang, kat padang ada orang main bola sepak. senja-senja macam ni memang waktu kemuncak bagi player-player bola sepak untuk terus lincah diatas padang, menunjukan kegagahan dan skill permainan. yela.. dah petang, cuaca tak panas, angin sepoi-sepoi, semangat! aku pon pernah rasa macam tu.. makin matahari menghilang, makin seronok bermain di atas padang, peluh-peluh yang rasanya sedikit masin semakin banyak keluar dan meleleh masuk ke mulut, kadang tertempias masuk ke mata. pedih.

Ah! Che Guevara nih! Lagi banyak aku baca kisah dia lagi pening kepala aku memikirkan kaitan-kaitannya dengan mak aku. Aku beralih laman, dari wikipedia ke youtube, petang-petang macam ni memang best kalau layan citer Doremon, citer kartun kanak-kanak yang dah berabad usianya. Si nobita tuh tak jugak besar-besar.  ishh! dengkinya dengan nobita dan kawan-kawannya.

May 5, 2012

Kuaci Cha Cheer #




Entri pagi Sabtu yang redup, jarang aku dapat menulis waktu-waktu pagi yang dingin macam sekarang ni, selalunya tengah hari baru terkial2 nak buka mata. nak tolak blanket jauh dari badan. kadang2 blanket  merah aku ni cukup sayang nak berpisah dari tuan nya. mungkin sebab dia serasi dengan aku, jadi aku biarkan saja blanket ni penuhi kehendak dia. kehendak untuk melindungi aku dari digigit kesejukan kipas angin yang terpasang kuat! aku tengok kat suis. No 5. patut larr.

Pagi tadi. Berkali-kali Alarm aku bunyi, apa lar yang dengkinya pon aku tak tahu. sabtu kan? sabtu hari cuti bagi orang-orang yang bernyawa kat bumi selangor ni, kedah pon cuti jugak hari sabtu. hari bermanja dengan diri sendiri. salah? henpon terus berbunyi-dan berbunyi.

Mungkin keenakan blanket yang gebu ni buat aku lupa yang hari ni ada game! futsal. tak jauh mana pun. sambil pakai baju pon aku boleh sampai kat kod futsal tuh, ahh.. bangun lar.. bola memanggil-mangil.

sebenarnya dah lama aku tak main futsal. kadang-kadang rindu jugak nak main, rindu untuk berada ditengah sorakan orang ramai yang memerhatikan perlawanan, rindu nak rasa air peluh meleleh masuk ke mulut. masin. rindu nak rasa bola bila kawan aku passing . rasa bola disentuh pon cukup lar. kemudian kejar bola itu kembali sebab. aku,dengan bola selalu terlepas dari kawalan. ini bermakna aku seorang kaki bangku. (falsafah orang melayu, untuk orang yang tak reti main bola macam aku)
Bila angin, bola, dan sorakan mereka bersatu. Maka strategi dan gerakan lawan dapat dihadam, permainan yang cantik adalah hiburan.

April 25, 2012

MySweetItems!

Ahh! balik ja dari kelas intersesi anatomy pagi tadi gua terus on laptop! apa nak dibuatnya pon ni? bosan nya. sambil jari jemari jantan gua bermain-main dengan  si tetikus hitam  ni! geledah punya geledah gua jumpa ni! 


ehh.. korang nak tau tak apa gua jumpa? ok .. jum kelik "read more" kat bawah nih!

January 17, 2012

Tanya :

Hi
emm.. awak dah solat?
dah mandi belum ni?
makan tak tadi?
makan apa?

September 29, 2011

Cerita Mak tentang Abang ;)

(Photo by Koey Wei Shan ; Kwsphoto.blogspot.com )

Langit waktu itu biru laut, Senja sedang sunyi.. angin bayu melintang kuat. kami anak beranak tinggal di perkampungan nelayan.. biasa dengan angin.. air bah.. apatah lagi ribut.. hujan dan guruh..

jam 6.45 petang ; Mak sedang mengangkat kain di ampain, manakala abang bermain bola plastik depan rumah.. kakak tak habis-habis dengan gambar princess2 kotak dia..

Ayah.. ayah tak bekerja.. duduk saja dirumah.. melayan cerita Doraemon dan Nobita di kaca Tv.

dan aku.. aku?? aku belum dilahirkan waktu itu!! heeee...

continue cerita..

Suatu hari, semasa kakak termenung sorang diri melihat gelagat jiran sebelah bermain layang-layang di langit..

Sementara Abang berlari-lari mencari Mak.. " Makkk!! Makk!!! ohhhhh Makkk!!! "

" Haa.. awat dengan hang? " kata mak..

"Makk.. nak duit! nak beli wau.."

"Boleh.. tapi mak tadak duit.. Ayah hang pon tak keja.. " sungut Mak..

"Awat Ayah tak pi keja Mak? "

"Ribut la ni cheq oi.. Lagi pon Bot takdakk.. nak pi macamana.."

"Bot takdak..?? hmmm"

Abang menganguk sambil berjalan mundar-mandir.. kemudian hilang ditelan dinosour dan naga api.. eh.. eh.. heee... sory ! out from original story ! ok sambung..

Suatu petang ; Ayah masih menonton Doraemon, Nobita dan kawan-kawan di Tv buruk.. sementara Mak sedang mengoreng cucuq udang di dapur.. Kakak pula tolong Mak beli Sos Cili Cap Cabai di kedai Nyonya Ah Chai..

Tiba-tiba Abang berlari-lari mendapatkan Mak.. " Mak!! Mak!! Cheq dah jumpa dah!! cheq dah jumpak dah!! yea! yea! lepas nih boleh beli wau.. "

" Cheq jumpa apa? harta karun? wang emas? timah? perak? gangsa? apa ? cuba ceqhita mai.. awat jadi macam orang gila? ka jumpa Poket Doraemon?? "

Mak Gua berpura-pura excited sambil menganjing anak lelakinya..

"Bukan Mak.. tudia Mak tak paham.. jum.. jum.. Cheq bawak Mak Pi tengok.."

"Ishh.. hang ni.. sat!. sat!. Mak nak tutup api dapoq"

Sementara Ayah Gua masih Fokus dengan cerita Doraemon dia tanpa pedulikan seloroh bini dan anaknya tadi..

Abang merangkul tangan Mak.. erat.. gengamanya penuh semangat.. berpeluh-peluh Mak Gua berjalan mengikuti kemana saja langkah Abang Gua..

"kita nak pi mana ni? " tanya Mak sambil mengepong kain batik cap gajah duduknya..

"Sat laa.. Makk ponn.. haaaaaa... sampai dah!!! " Abang tersenyum lebar sambil mencekak pinggang tanda puas..

Abang bawak mak ke tepi laut..

"Apa dia?? " Tanya mak dengan riak muka bengang campur tak puas hati..

"Tu... mak tengok tu... mak tengok tuuuu... tuuuu... cheq tunjuk kat Mak tuuu... nampak dak Tuuhhhhh... ( Kepala Abang terketar-ketar bangga semasa menunjukan Mak sesuatu.. ) "

"Dah ganjil 3 hari Mak cheq tengok Bot tuh tak berjalan.. takdak sapa duduk pon.. orang naik Bot tuh pon cheq tak penah nmpak.. Habis tuh mak kata takdak Bot?? Ada kan tuu?? suruh Ayah pi ke-laut naik Bot tuu la Mak... yea!!! yea!!! nanti Cheq boleh beli Wau.. heeeeee"

Mak gua mencekakkan pinggangnya sambil mengukir muka tak puas hatinya.. HAHAHAHA hampa semua nak tau ka Bot apa?? ni dia..

Bot* Kapal Nelayan


September 27, 2011

Diari Atok : Cerita hati yang terdalam


Hari ini Atok bakal ceritakan pekara yang sebenar-benarnya.. Atok sedar.. Atok dah tua.. Usia pun sudah masuk likungan puluhan.. biasalah bila tiba usia tua-tua begini.. paham-paham sajalah.. tapi Atok cuba amik peluang serta sisa-sisa hayat Atok yang masih ada ni untuk jelaskan semua salah paham selama ini.. semua rahsia-rahsia kerajaan .. rahsia-rahsia ketenteraan.. oihhh!! sory.. Atok dah nyanyuk! Atok bukan perdana menteri! bukan jugak ketua general.. heee....

Sejak dua hari lalu.. Selesai menghadiri sebuah Open House dari rakan yang masa mudanya dulu sama-sama belajar dengan Atok.. Dalam hati Atok ada sedikit terkilan.. bila melihat rakan Atok itu sedang bergembira menyumbat kueh.. Air mata Atok mengalir berjunjuran.. Atok teringat cerita-cerita lama... humphh..sebak! dengan kadar segera Atok sumbat nasi beryani dalam mulut laju-laju.. selesai ! Atok terus pi tandas.. Atok dah tak tahan.. hanya tuhan saja yang tahu.. debaran dalam hati Atok.. jantung serta perut.. dijamban.. Atok meluahkan segalanya..

***********************
Sejak pulang kerumah petang tuh.. Badan Atok mula menunjukkan Sign and simptom.. Penyakit lama Atok kembali... Tapi kali ini mungkin berbeza dari sebelum ni.. badan Atok lemah-lemah .. Suara Atok serak-serak basah macam ramli sarip.. malam tuh Atok batuk-batuk.. sakitt..rr ~

Dalam hati Atok berdialog " Masanya akan tiba "

malam tuh.. Atok terasa nak online account fesbuk Atok.. Atok Klik pada profil nenek.. nenek post dekat status dia..

" harinya semakin hampir ! " Alamak .. apa ni? mana nenek tahu? Atok tak ceritakan pon.. Hati Atok berdebar-debar.. Gelisah dan tak tenteram..

Kemudian.. Nenek meseg Atok.. Dia tanya Atok tak sihat ka? Atok cuma mampu mengangguk..
Semangat Atok masih kuat .. Air mata Atok masih bertahan.. Ketika nenek nasihatkan Atok.. Atok cuma diam.. Atok sedikit keras kepala.. dan merasakan dirinya sangat kuat untuk menghadapai hal-hal begitu..

*********************************

Matahari bangun seraya Atok pun bangun tengah hari.. Atok kuatkan badan untuk bangun meneruskan hidup.. ketandas.. kejamban.. kebilik.. kebawah.. makan.. melantak.. Atok teruskan dengan rutin harian.. kadang-kadang sambil termenung ke luar tingkap.. cuaca nyaman.. Atok tarik nafas panjang sepanjang dua kilometer..

tenett... tenettt... (vibrate) handphone Atok mendapat mesej.. Atok check inbox.. rupanya ada company kecil memanggil Atok untuk berkhidmat.. humpph... demi keluarga.. nenek tercinta.. diri.. serta masyarakat setempat.. Atok keluar berkhidmat.. Atok jadik kuli di kedai photostate!

Balik kerja .. sakit Atok makin parah.. batuk tak henti-henti.. Oleh kerana Nenek keluar berjumpa rakan pejabat nya.. Atok coolkan diri Atok.. kemudian tidak lama seleps itu.. Atok terima mesej dari nenek..

Nenek menanyakan status kesihatan Atok.. Atok cuba berkeras dengan nenek yang Atok semakin sembuh.. Setelah bnyak kali berkeras akhirnya nenek percaya juga.. haha

Kemudian tidak lama selepas itu.. kami bercakap dalam telepon.. kali ini mmg Atok tak dapat meyembunyikan kesakitan yang dilanda. Nenek masih ingin tahu.. Akhirnya Atok menceritakan yang sebenar.. Nenek menyarankan Atok minum panadol Soluble! tapi Atok pi telan Panadol extend.. Nenek tidak bagi tok minum ais.. dan macam-macam lagi nasihat kejururawatan yang diberi..... heee..

"hahahaha" Atok gelak seorang diri tanpa gigi ketika menonton maharaja lawak di youtube!

sambung..

Sudah!! Sudah!! Sudah lah!! Semua orang pon tahu.. Harinya makin hampir.. Selepas borak panjang dengan nenek malam tuh.. Atok rasa tenang sekali.. mendengar nenek ketawa bahaahahrr.. urghhh.. kalu ini calling yang terakhir.. Atok redha..

Hari ini Atok bangun awal tengah hari.. membuka jendela sambil menghayatinya dalam-dalam..

Ruang di bilik tua itu seakan mengerti perasaan Atok.. Atok kemaskan diri untuk pergi berkhidmat.. walau dalam kesakitan.. sebelum itu.. Atok cuba mengingati satu persatu pesanan nenek semalam.. dan Atok selesai menyempurnakannya..

Atok start enjin moto buruk dan pergi berjuang.. seorang brader pendek.. membonceng Atok untuk sama-sama berjuang.. Atok cuba menyempurnakan tugasan.. menikmati waktu-waktu kerja watu ini..

Pukul 6.30 Atok habis kerja.. Atok berhajat untuk berjogging di tasik, Atok yakin ini mungkin saat-saat terakir Atok dan Atok juga tidak yakin untuk mengharapkan peluang yang lain.. Atok decide untuk teruskan juga!! bersama brader pendek tadi.. hmm walaupun pukul 7.00 baru Atok siap untuk berjogging tapi Atok tetap ! tetap !
Semasa menuruni bukit berbukau.. Atok cuba lagi menghayatinya untuk kali ini.. mungkin kali yang terakhir.. dalam kepala Atok terbayang-bayang peristiwa-peristiwa serta kenangan ketika melalui susur jalan .. Atok nampak bunga kuning gugur..

" suatu pagi itu ada bunga kuning yang baru berputik"

Sambil berjogging Atok tersepak batu kecil.. sakitnya..

" Suatu hari itu pernah memberinya batu seperti ini "

Sambil berjogging.. Matahari sedang membenam..

"Suatu hari dulu.. Atok pernah berhajat untuk sama-sama melihat .."

"Ya Allah ya-tuhanku.. banyak hal yang belum aku sempurnakan.. dlm tggjwab menjadi seorang hamba, anak, khalifah dan Ayah kepada anaknya, Atok kepada cucunya serta pendamping kepada hawa.. masih banyak hutang masih belum
dilangsai.. panjangkanlah umurku... "

Sepanjang senja itu.. kaki Atok cuba untuk bertahan.. untuk sampai ke titik-titik akhir..walaupun dalam genting.. apatah lagi bila dada Atok makin terasa berat.. bagai diruntun 20 ekor bertanduk dan bersyap.. uhhh... namun, takdir tetap takdir.. lagi sekali Atok sempat jugak sampai menjejak kaki kerumah.. yeah!! ohoookkk3!!!

Selesai Maghrib.. Atuk bermenung sendirian dalam bilik sambil mengenang semua yang terjadi.. Air mata Atok tak mampu bertahan lagi.. mengalir deras seperti air terjun lata mengkuang.. Air hidung Atok apatah lagi.. merembes keluar.. tia-tiba masuk seorang cucu Atok yang berkumis halus-halus .. namanya JUL..

"Atok kenape nangis nihh???"

" ohokkk!! ohokkk!!! Bila aku menangis! Cuu... Atok sesema ! air hidung dan mata terpaksa dirembes! Cuu..Boleh tolong amikan Air? Atok nak makan panadol soluble nih!!!! "

Bila nak lega sesema nih!! haihhhhhhhhhhhh~

makanya cerita Atok saya tadi : Beliau sedang mengupdate blog sambil airmata berjunjuran..

Beautiful D


Malam. Sebentar selepas matahari selesai terbenam. Hujan sedang gerimis.. Sepasang si kecil yang baru balik bermain dimandikan, dan memakai pakaian yang selesa.. disudut dapur dalam suasana sangat ceria.. sambil bru kopi panas dihidang.. serta sup enak direneh.. juga seorang perempuan, setia melayan setiap karenah dan permintaan mereka.. Si kecil dan perempuan, bermain dan ketawa, berlari dan beromba seperti rintik hujan di tingkap . Aku yang lama duduk disitu hanya tersenyum melihat gelagat mereka. selesa.

February 8, 2011

one years old

Aku rasa dah lama dah tak pegang baju ni ;
Apatah lagi basuh . pakai lagi tidaklah ;
Tapi takpa . malam ni aku seterika ;
Besok aku pakai:


I'm going to still go.
hold back .. horses will return to the White Forest

August 5, 2010

I'm KEDAHAN not Kelantanlians!

Adobe of peace

WOI! Entry dh mcm bengang meraban. sedar tak sedar dah masuk 4 hari aku wat keja partime kat Pura Cendana Cafe tuh! uhh!! 4 hari? cehh!! ingat 4 bulan. hm pape ja lah! suma keja kat Cafe tuh takda masalah pown! langsung tak membangkitkan stress aku! apa lagi nak memberang. tak mungkin lah. keja mudah senang! adik aku bley wat!

BUT... hmm
Yesterday...

Sedang aku tekun bekeja, Makcik (bos) panggil aku! ajak sembang la konon. And then dia bertanya soklan

Makcik: Ajeep, kamu asal orang mane ye? ala.. soalan mudah ja Makcik nak tanya len kali tanya lar soklan tahap albert einstein ka robert williams ka, mikail jackson ka. herm..ok! pastu dengan kembang aku jawab lar

jeepsu: ajeep oqhang kedah makcik!"
Makcik: Owhh!!! bla bla bla makcik ingt kamu orang kelantan"

Selang puluhan minit la aku rasa, Pakcik ( bos husband) mengajukan lagi satu soklan

Pakcik: kamu asal mana?
jeepsu: kedah! pakcik
Pakcik: owh!!! ingat kelantan td,hmm kedah

Selang lagi puluhan minit. ada lg yg nk menanyakan soklan?

Budak Form 6: abang orang kelantan ke?
jeepsu: bukan aih!! aku oqhang kedah larh!!


Tonight...

Dalam cafe orang ramai makan-makan, buka laptop, order air kosong. sambil taip-taip keyboard plastik. keja takda lepak lah sat. ada pulak Anak bos dengan Captain lah konon ajak bual-bual kosong sekosong tin kosong yang memang kosong:

captain: eh ko asal mane? kelantan ke terengganu ke mane?
jeepsu: kedah larh!" jawapan pantas aku bagi
captain: owh!!! bla bla bla ingat orang kelantan

Pastuh Anak Bos menyampuk" mgkin tengok muke cam orang kelantan kowt! mata sepet cam belah siam sane kan?"

jeepsu:papa ja lah ! saya mmg oqhang Kedah lar!

A few year ago!

member 1: ko orang kelantan ey?
jeepsu: takda aih

member 2: mung dok kelate mano?
jeepsu: KB MALL!
member 2: ada gumah ko atah KB MALL tuh? buke pusat bowling gapo?
jeepsu: lantak hang lah!

member 3: mung kecek tak supo oghe kedoh!
jeepsu: memey aku kecek kedoh gini"

member 4: mu ghoyat molek la,, mu oghe kedoh ko oghe klate?
jeepsu: aih budak niyh!! nak kena peneqajang kowt!

member 5: WOI farid kamil kelantan!
jeepsu: farid kamil orang kedah la bai! heehh!!

WOI! dh bapa kali aku nk cakap aku bukan oqhang klantan! tapi pasaipa suma budak-budak kolej niy tak paham-paham bhsa ha? pasaipa depa niy dok kata aku orang kelantan ha? hisshhhh!!!!

WOI! beza WOI! kelantan ngan kedah WOI! kedah tak makan manis-manis! budu masin pekak! WOI ! oghang kedah ter ter terbaik WOI!


nota selipar jepun:baik aku balik menari mek mulung, jikey kedah, wayang kulit gedek ja larh!

July 25, 2010

Alkisah:Dunhill 20 Batang


Shah Alam, sekyen berapa tak tahu: Petang tu masa lepak reramai sambil tunggu bus nak balik kolej. di sebuah warung abang kelantan. sambil menunggu hidangan menu ABC special.sambil asap-asap nikotina dari company terkemuka dunia Dunhill,winston, pall mall dan luffman berkelubung atas kepala. kadang aku seronok dibuai asap dari mulut brader sebelah! sambil bus RapidKL menderu sakan. dicelah-celah kesibukan kota raya seperti kepulan-kepulan asap nikotina yang bermain-main. tetiba si member aku mau juga mencelah:

Si member: weh! aku nak tanya hang! pasaipa kat kotak ni ada tulis"rokok dapat membahayakan kesihatan?

Jeepsu: ya lah rokok mmg bahayakan kesihatan bai! merosakn paru-paru!

Si member: aku hisap rokok yang tak membahayakan kesihatan!

Jeepsu: kepala hotak hang! semua rokok membahayakan kesihatan la bengong! rokok apa yang tak bahayakan kesihatan hah?

Si member: Rokok Beli!!! Rokok Dapat membahayakan kesihatan!

Aku dengan muka sekonyong-konyong mengiyakan dialog celupar tadi. tak dinafikan mmg statement tu salah! patutnya, agak-agak la kalau tak mau dicaci dan dipermainkan rakyat seperti si member td: kerajaan patut mengeluarkan statement macam ni:

Rokok, beli atau dapat atau curi,atau seludup atau mintak kawan sebelah atau pow rokok budak-budak atau mendapat rokok secara tidak sengaja atau rokok jumpa tepi jalan atau bukit atau parking lot atau mana-mana tempat di dunia samada di darat, angkasa atau di laut dan sebarang jenama rokok juga adalah membahayakan kesihatan !

Sambil kepala tengah berdengung melayan tawa-tawa celupar mereka. sambil kepala naik dingin lepas pekena ABC special! sambil jalanraya terus menerus sesak! lantas bus RapidKL tidak lagi membuang masa. sampai tepat diperkarangan bus stop!

Remaja kaki lepak dengan pantas membayar segala jenis bayaran makanan order td kepada abang kelantan ! settle

Sambil ramai berpusu-pusu , berteriakan, melompat.ada yang berlanggaran nak naik bus! takut kena berdiri! orang zulu kat selatan afrika pon cool! tak macam ni! hampeh!!

Sementara seorang kawan aku sempat menyinggah, seven-12 mini dekat bus stop tuh! kelihatan tauke kedai tak da! cuma anak wanitanya yang baru berumur agak-agak darjah 4 macam tulah!

Si member: adik bagi dunhill 20 satu!

Adik baju kurung: yang mane satu dunhill bang?

Si member: yang merah tu dik!

Adik baju kurung: eh bape harge dia arh? sama ngan ni ke? sambil tunjuk tag harga dunhill 14

Si member: haah !!sama lar adik! cepat larh bus nak pi dah tu! dalam hati bangga dapat kencing budak-budak- dapat beli dunhill 20 dengan harga dunhill 14! muka terus excited tak ingat! senyum puas lepas kencing budak2!

Okay sambung balik! terus adik baju kurung campakan dunhill merah kat member aku, cepat-cepat dia bayar. amik rokok masuk poket terus blah!

Dalam bus:

Si member excited cerita kat aku psal dia beli dunhill 20 ngan harga dunhill 14! seronok kencing kepala budak-budak! hahahah

Turun bus:
Sambil kepala teringat bathroom ngan bedroom sahaja. sambil bus RapidKL terus blah dari situ secepat mungkin. sementara member aku kesangapan rokok terlampau! dia menyeluk poket jeans bundle! dikeluarnya sekotak merah! rokok dunhill! dibuka plastik kotak itu perlahan-lahan. mengambil sebatang . diletak ke bibir munggilnya. mencapai sebatang lighter criket! lalu dicucuh hujung rokok! sambil tu memerhatikan kotak rokok dengan penuh teruja!

Si member: eh ni dunhill 14! bukan 20 larh! budak tuh silap bagi la pulak! maknanya mmg aku bayar untuk dunhill 14 lar tadi? kena kencing ar ni?

Sambil menyedut asap-asap nikotina dengan hampa. sambil merenung keciwa sekotak merah dunhill yang kononnya 20! wahahahaha

p/s hahaha kena kencing ngan budak-budak!!! wakakaka


July 23, 2010

HERO! GADIS SI SAMPUK SAKA


Matahari perlahan-lahan membenam, ringkas untuk senjakala beransur gelap. Malam sudah tiba.Aku yang terkusut masai tak tentu arah mahu beraktiviti apa dalam ruang malam yang panjang. berfikir sekejap! akhirnya tangan pantas mencapai laptop dan brodband pinjam.

Hampir-hampir punggungku ingin merebah ke lantai sambil mengenggam kental broadband dan menyendeng kuat laptop acer.tiba-tiba terdengar suara makhluk halus terpekik melolong belakang apartment sewa blok Dewi. Astana alam fasa 3 .no rumah tataw.

Roomate:"weh ko dengar tak? ada orang menjeritlah!"sambil menjenguk keluar tingkap
Jeepsu : ada! kat belakang an?"
Roomate:"jum ah turun jum!"
Jeepsu:"jum!!!"

Lantas dengan pantas aku melancar tumit tegap turun tangga kebawah. aku tak hiraukan asap-asap nikotina yang dihambur teman sebelah. suara excited dari kaca tv. dengus-dengus ingin tahu meradang dalam jiwa!

Akhirnya sampai dilokasi kejadian! ramai para huni apartment dewi menjenguk-jenguk dari bawah. sempat para tua membalut daun tembakau cina. sambil suara tepekik melolong kedengaran lagi. kali ni makin kemas bersuara! meracau-racau bagai disampuk ruh tok nenek!
suara halus seorang gadis kedengaran menyergah pak uztaz bertubi-tubi.

Dengus-dengus ingin tahu meradang lagi! kali ni sampai ke puncak!

housemate:"jum naik tengok jum"
Jeepsu:"jum!!!"

Tegap tumitku merencanakan darah-darah mehenjut kaki melangkah satu persatu anak tangga!

Oh! tidak ! terpampang buas si gadis kulit putih tersengguk di sofa luar rumah. mungkin histeria agaknya! suara menyergah lagi sekali. kemas nyaring memekik! ha suara ni suara gadis gemok dalam rumah yang sudah kena pagar dengan ahli jawatankuasa ilmu ghaib kat situ. suara sampuk saka dari kedah.

Orang berilmu" kau pegi balik tempat kau! banyak tempat kat dunia ni kat sini kau nak duduk! kau dari mana?!

Si sampuk: aku dari kedah lar!

Orang berilmu : kau pegi balik kedah!

Si sampuk: takmau! kedah jauh! aku nak dok kat sini!

Tak semena-mena member aku menyampuk. dengan nada rileks berbaur ketat slange loghat kedah kulim pekat piang

Si member:" ha elok arh.. hang nak balik jum aku ikut sekali! "

Bodoh aku tawu lar besok hang nak balik kedah Lee weh! hahaha

Orang berilmu tu pon pandang semacam ja kat kami student lelaki! dalam hatinya pasti menyumpah-nyumpah si pelaknat kata-kata itu! hek!

Lantas si abang baju biru meminta pertolongan kami untuk memisahkan dua gadis serta dua makhluk itu ke aras atas! gadis yang tersepuk di sofa itu diasingkan ke aras5

Aku memandang kilas wajah housemate aku! wajah excited dipancar tepat kat mata aku! lirikan mata yang aku sudah dapat baca ESPnya. dalam hati mungkin berdialog: yeah!! yess!!

Dengan rela hati kami semember menghembuskan sedikit kudrat dan semangat ! aku memegang kemas kaki si gadis berkulit putih melepak itu! dan member-member seperjuangan laen mengikut sambil memegang kemas pada posisi masing-masing.

Dipendekan cerita settle semua kami pon relai bersurai. tinggal si uztaz dan mereka yang berilmu je lah untuk meleraikan mana-mana yang tak kena. menjampi serapah sejonjong kalimat yakin!

Dalam rumah aku. masing-masing riuh memanjangkan cerita. masing-masing berlakon jadi si pawang dan si sampuk. bersilat gayung makrifat! ada yang naik syeikh! hahaha tiba-tiba member aku yang sorang ni terduduk penat sambil melepaskan dengus-dengus busuk excited! senyum puas!

housemate: lepas ni mesti dia cari aku pastu cakap" awak ke yang selamatkan saya malam tu?"aku pon jatuh cinta. lawa sial pompuan tuh!

jeepsu: kepala hotak la dia cari hang! bajet ja jadi penyelamat! entah uztaz tu dok kumat kamit serapah, bersilat sejonjong! hang nak jadi penyelamat? wakakakaaka baik dia bercinta dengan tok uztaz tu lah!



p/s : macamana saka tu nak blah? orang berilmu tu cakap slanga kl! hantaq p oqang kedah halau sekali dua tengok camana baqu dia paham bahasa skit saka tuh! jumpa orang kampung tak beteguq! pasai tuh dok jadi lagutu!

nota: kalau nak menolong tu niat ikhlas la wey!





July 21, 2010

OH! BUNDLE MANIAX !






Axtually,dah lama aku nak tulis entry pasal bundle niy sebab bundle niy salah satu cabang hobby dan kegilaan aku dari dulu sampae sekarang. maybe aku niy dah boleh dicatogorykan as bundle maniax! bundle addict yeah i like this.

Memang aku ketagih!! aku tak kisah apa orang nak cakap, beli baju murah, bekas orang pakai, baju selebeh, seluar bau hancin! koyak rabak! seoson teruk tapi aku tetap nak beli jugak! sebab aku suka barang2 lama camtuh. bundle dpt buat aku rasa tenang and happy, even aku tak beli pown cukuplah kalau dapat tengok barang bundle puas-puas.tapi tak puasnya bila wallet tak bawak! nafsu ttp ke bundle! bila jumpa baju yang berkenan gila tuh tak kira la jeans ka t-shirt ka.shoes-ka- sweater ka- shortpant janji bundle! time tuh la nak menongeng frust gila! ye la bundle niy limited! kemungkinan bila aku langkah kluar ja dari kedai bundle tuh! t-shirt tuh dah jadik kepunyaan orang laen! herm :(

Bundle. apa yang aku nak kongsi kat sini adalah perasaan time di bundle tuh! aku dpt imagine seolah2 baju yang terjual kat mana-mana kedai bundle tengah tunggu si pemakai dan tuan yang pandai menghargai nilai estetikanya,design yang mungkin ketinggalan zaman tp tetap oldskull haha gile cool! aku puas bila dapat koleksi bundle tercantik yang aku jumpa masa kelas-kelas baju yang bnyak berselerak tuh, akhirnya baju tuh dah dapat tuan kesayangan dia!

kalau la si-bundle boleh bercakap!

si-bundle:" yeah!! akhirnya sempurna! dapat tuan baru! tuan yang dulu dah tinggalkan aku dgn memory2 cinta,pahit maung, keindahan,dan kesulitan tp last2 dia tinggalkan aku kat sini! tak pernah hargai aku! sekarang aku berdoa moga tuan baru niyh someone yang care pasal aku! huhuhu"

jeepsu: "terharunya "

in addition.design2 baju tuh takda sapa yang pakai time tuh! limited and special for me! ditinggalkan khas untuk aku sorang ja. seolah-olah aku sorang yang pakai design gila cool tuh kat dunia niyh!

Aku jugak tak suka tengok baju or jeans kat mall, pasalnya. banyak copy! boleh tengok kat sekitar tempat kita lepak dah ada dua tiga makhluk tuhan pakai design yang sama! and mybe sebab aku tak suka orang ada apa yang aku ada! kalaw ada aku buang ! hehehe

Aku teringat pasal akak aku! dia selalu marah aku bila time aku beli baju bundle! ayat dia camni lah

Akak said:" ishh!! ang niyh tak abis-abis beli baju! pastu bukan reti basuh! kak gak kena basuh nnt! skit2 bundle! fedup aku!"ahahah

jeepsu said:"alah kak! nak beli baju mahal2 takda duit! terpaksa beli baju bundle ja! murah! lawa plak tuh! bukan rugi pon!"

Ha itulah contoh alasan biasa yang aku bagi! murah! tak da duit! tapi aku rasa kalau aku banyak duit sekalipon aku ttp nak bundle gak! tak kisah camna pown! duit is money! puas is bundle! yeah!!

Konon nya la kalu tiba2 aku dapat durian runtuh! 50,000 huh rasanya seluruh kedai bundle kat malaysia niyh aku tawan! tamak! semua sekali nak! ngan kedai-kedai aku sapu! ahahah
murahkan bundle dari harga sebenar! boleh beli banyak2! pakai duit ciput ja! tak rugi dan pasti memuaskan!

dan yang best yang time shopping bundle tuh kita boleh tgk ramai orang ligat mengelas-ngelas baju, jeans !cepat! sampai ketat kepala-kepala bundle maniax niyh! hahaha pasalnya takut design terbaik nnt dirembat dek orang! melepas! hahah
sapa cepat dia dapat la bro!

p/s bundle bau dobi la! sapa cakap busuk!



July 1, 2010

SECANGKIR WHITE COFFEE SEBALUT DAUN TEMBAKAU CINA SEKEPING ROTI TAWAR


KITA YANG HAPRAK!!!
Tengah mata aku ni masih terkebil-kebil. Tercengang-cengang lepas keluar dari SEVEN-E sambil pegang se-Tin REDBULL.jalan lar aku sorang diri menelusuri rumah-rumah kedai yang bersepah kat KEDAH HABOUR ni

Dengan para tuanya. Para muda mudinya. Para pelancungnya. para-para dan para lagi lar .sedang hadapi realiti hidup dgn destinasi masing-masing .Ada yg tengah balut daun tembakau cina-sambil asap berkepul-kepul itu mencecah ruang hidung ku. Sambil sorang lagi bersila panggung dalam restaurant yg tak sebesar mana- kehulu kehilir anak muda menggalas tangungjwab mereka mengusung sebungkus beg plastic yg dalam nya terisi helaian penuh AL-QURAN- ada yang menjunjung dikepala. Menyendeng di bahu! Sekejap datang sorang Macha. Sedang uncle Ice PADLEPOP baru settle keja datang pula pakcik sate menonggeng motosikal tuanya Huh!! .meriah! Suasana yang belum pernah aku tengok dengan penuh teliti!.Okay kemudiannya seketika muncul satu scene yang ramah teruk!

Semua pakcik-pakcik atau sng cakap! Otai kuala-Kedah niyh tgh lepak ramai-ramai. Ada melayu ada cina ada India suma nampak cool ja beb! Sambil lampu jalan terpasang indah telusuri jalan rayanya yg agak sibuk! Wargan ini masih sempat tuk borak pasal anak bini- family kengkawan diowang-rezeki diowang di laut nun! Happening ! Pastu sesaat kemudian tengah aku mula nak langkah kaki busuk aku ni. Pulak dah muncul sowang mamat niyh! Eh minah niyh! Erh! Argh!!! Nak cakap pun serba tak kena la pulak! Senang cakap BAPUK lar! Huh huh huh lega! Herm nama dia setahu aku stlh dapat data sulit dari kengkawan kat situ- nama dia ntah apa pun tak tahu lar. Cuma gelaran dia lar CIKIDI kira top lar dia niyh! Dengan skinny jeans plus Baby-T. dgn Beg kaler pink ntah apa jenama .fushhh!! Mantap ! cair para-para otai kuala kedah ni.Nampk cam awek belasan tahun yg sedang menginjak hidup para dewasa.. Sambil aku jejalan blakang CIKIDI ni lar ramai ja yg tegur dia.asal aku diowang tak tegur pun pastu dengan ramahnya lak dia layann pakcik-pakcik kat situ! Gedik kowt! ahahaha

Sesaat kemudian lak telingaku ni hinggap sewarkah suara dari pakcik mana ntah. Time tu ada sorang pakcik and dua uncle cina depan kedai gambar JAKARTA. Pakcik ni kira nampak cam berumur lar skit ! kepala pun dah putih skit! Tak banyak.

“ CIKIDI tu dulu sama sekolah ngan saya tu
Satu kelas lagi,dari dulu sampai skang camtula
Masih ramah macam dulu”

Perhg!! Gila! Cikidi ni makan jamu awet muda ka? Ku pun tak brani nak cakap pasal ni! Pasal cikidi lar herm ntah lar warga kat sini tak pernah tohmah menohmah beliau pasal pnmpilan dia yg lari dari jantina yg tertera kat identity card beliau- pasal kita bukan kat tmpat dia! Kita taktau apa yang dia rasa? Keinginan dan kecedurangan dia kearah feminine -

Why? Jadi jangan senang-senang Kutuk dia- bukan aku sokong pun- Cuma- cuma -cuma aku kesian kat dia pasal dia camtu suma owg nak buli dia lebih-lebih budak Bandar yg kemaruk sesuatu- aku bukan apa taknak lar korang terus pandang hina ngan golongan ni pasal golongan ni juga lar yg pernah menyelamatkan aku dari satu masalah yg aku hadapi sekian lama dulu! Walaupun bukan CIKIDI tapi kira seGENG la ngan dia ni! Masalah yg GENG2 SEJENIS ngan aku pun tak leyh tolong susah sgt macam2 bagi alasan ‘bukan masalah kemaruk ehem-ehem‘herm pasal CIKIDI ni Cuma ALLAH yg tau! Pasal ALLAH yang cipta dia! Bukan kita
Cuma berdoa yg mampu agar dia diterima ALLAH satu kala penhujung nanti.
Masih ada pintu taubat kah? Ada kot!

Aku tak nafikan dari pandangan hiba aku niyh. Kehadiran SI Dia tu bagai satu hiburan kat situ! Semua org pun nampak happy –Harmoni gila ! tak kira melayu india cina pun bleyh lepak-lepak sembang kedai kopi “maaf! kat sini takda WHITE COFFEE “ enjoy ja hidup

Sambil jalan aku perhatikan bintang-bintang kat langit nun! Malam ni malam yg agak lain ckit lar dari malam-malam biasa malam yg bagi aku menonjolkan sikap warga kuala kedah niy- mungkin ramai org kat luar sana yang akan cakap kuala- mana-mana kuala dalam Malaysia ni lar cam tmpat paling busuk lar sampai ada lak mat-mat town mana ntah boleh labelkan KUALA KEDAH ni sebagai jeng-jeng! THE BlACK AREA.. cis! kurang asam senang ja cakap cenggitu padahal warga inilah yang dari dulu sampai sekarang cuba tangkis semua metreologi busuk tu!

Cuba hindarkan waris-waris mereka ngan gejala tok nek moyang gila- cuba nak bersihkan nak bangun kan tmpt lahir diowang. Tempat cari makan anak bini diowang! Pastu Senang-senang lak diowang niyh create and labelkan ngan title2 busuk camtu. Mat-mat Bandar ni penah ka pi kelaut?
Tangkap ikan tgh panas . Start subuh menyinsing lepas solat dah terus berkejar ke laut! Bertarung ngan petir! Ombak ganas! Menyabung nyawa diowang bagai tergantung kat langit senja! Bila-bila masa boleh jatuh takda penyambut! Mat town ni takyah tnya ke laut lar! Tgh pns pun tak mau!

“lar memang pun kite kan kat Of traford Manchester skrg ni kan?”
ajeep said"ahhaahhaahhaa"

Tapi warga-warga ni lak masih tak kata pun mat-mat Bandar ni
“ #$*^% btoyh lar!”

Kenapa lar minda kita busuk sebusuk kilang baja hah? Menghina warga yg dah banyak bagi pengorbanan! Kita yg tiggal kan parut pada warga KUALA ni. Kita yang patut dipersalahkan dipertanggungjawabkan dengan tohmahan ntah apa-apa kita sampai lekat dijantung para-para waris wakil harapan masa tua diowang! Masih sampai kini kita mencela- mencaci kononnya warga kuala ini ehem cam ini la itu lar! Bengang lak ku dengaq.

Sudah-sudahlar ! Waris diowang dah jadi cam Yakuza- Tanya mana asal usul semua takut! Padahal kepala jin aprit tu lar!! Tuu! Tuu!! Nampak ? tu!! Kita lar sapa lagi?

Balik cecah roti gardenier korang DONUT KING korang ngan WHITE COFFEE korang!

June 25, 2010

BUS HENTI!


Hari ni aku keluar jalan-jalan kat alor star. pi naik moto tapi balik naik bus.Jam di tangan dah pukul 7.30 pm.dah tu duit lam poket lak ada dua syiling 05 kupang, dua syiling 02kupang, dan sekupang! ngee~ ngam-ngam RM 1.50. lepas tiket brader tuh cakap!hurm nak naik bus pulak. komfirm sampai lambat. 5 minit tunggu bus pon sampai.and then aku masuk la dalam bus HBR GROUP COMPANIES. bus dh usang.tapi masih berjalan.enjinya masih hidup.kukuh tuk pencari rezeki.kekal tuk penumpang yang berjalan kaki. tiket dari pekan rabu ke kuala kedah habour RM1.50! huh! nak kata mahal tak jugak. tiba-tiba aku teringat 4,5 tahun yang lepas. time tu tiket baru RM 0.80 ja. ye la, zaman dah maju. aku baru sedar yang aku mmg dah lama tak naik bus HBR ni. sekali sakala rindu jugak! hak! dulu time zaman-zaman takda lesen moto.tak da moto seniri rajin jugak naik bus henti niyh.
Dalam bas.
Enjin dah mmg tersenguk.buat kepala aku tersenguk-senguk, macam naik kuda, aku perhati makcik kat sebelah ngan anak kecilnya. makcik tu sampai kena pegang stand tu pasal kuat sgt hengukan dia. kesian.
ada pulak time tgh laju ja tiba-tiba brader driver bas slow,pastu jalan balik. aku tengok kat tepi jalan ada gadis tgh tahan bas.kasian pompuan tu. terlepas bas! ahaha. aku rasa driver ni mmg saja nak kena kan dia kowt pasal aku dengar brader ni sound. "tggu bas belakang ja la"

sambil beradu masa yang agak-agak panjang aku melihat keluar tingkap bus. deretan rumah-rumah kedai lama.kadang-kadang binaanya unik jugak. mmg sebelum ni aku jarang tengok dengan hati-hati.laju ja naik moto! matahari dah makin gelap. lampu-lampu jalan dah terpasang. lawa! time stop kat trafic light mmg boleh usya la gelagat-gelagat manusia kat bawah tuh. macam-macam perangai. dengan penjaja-penjaja tepi jalan sedang cari makan buat anak-anak diowang yang tgh tggu lapar kat umah tu. ada pulak custumer yang gila cerewet. itu ta kena ini ta kena. ada pulak para-para rempit melepak tepi jalan sebelah tu pulak si tua melepak di bangku jalan.bila time FIFA WORLD CUP skang ni plak bley tgk la para penyokong tegar cari siaran astro kat warong-warong mamak nuh! huh! mmg heppy la. hahaha.

tak lama kemudian aku sampai ke destinasi. balik rumah jalan kaki.mmg leceh!
hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...