nuffnang

Showing posts with label musim bunga. Show all posts
Showing posts with label musim bunga. Show all posts

May 10, 2012

TESIS: Kaitan Che Guevara dengan Mak Aku #

Kepala aku masih lagi sakit-sakit. migrain agaknya. Mungkin terlalu banyak mengkaji sejarah Che Guevara dan salasilah wanita bernama Che Enson, yang tinggal di kawasan setinggan dalam satu daerah di negeri Kedah, utara tanah air.yang juga  bakal menyambut Hari Ibu serentak dengan seluruh kaum ibu di dunia ini .

Aku terus terbayangkan wajah Che Enson dan Che Guevara sebaik saja kelopak mata ini terbuka dari dimensi yang gelap sejak semalam. Alarm dari henpon kuat mengejutkan aku. Jam 9.15. Ahh dah lambat 15 minit!!

Hari ini aku bangun dengan jiwa yang sangat tidak puas hati.  Kehidupan pagi aku telah dicuri oleh seorang pensyarh yang nyata mempunyai niat tidak baik terhadap aku. Pantas aku bangun.

Basuh muka, gosok gigi 3 minit. Pakai baju 2 minit. Jalan kaki ke kelas around 10 minit. total 15 minit, tambah bangun jam 9.15pg  jadi bermakna  jam 9.30 aku dah berada di kelas. Mandi? haa.. sebelum korang kutuk aku pasal tak mandi ke hapa aku nak tanya korang! dari mana korang belajar hukum wajib mandi setiap kali nak pegi kelas nih ?  setiap kali nak pegi jusco bukit tinggi kena mandi ? Nak keluar dinner dengan buah hati pon kena mandi jugak ke? ha.. tidak kan? Aku pon tak pernah pulak terpikir bab hukum-hukum wajib mandi ni. kalau bab mandi wajib aku tahu lar.. ( malas mandi sebenarnya :) dah lambat !)

February 21, 2012

Evening Hope



Ini entri syok sendiri : jangan baca kalau tak nak r menyesal !

Now, The skies blue. blow up my mind. shut up ur mauth! wat are u talking about? wat are u try to tell the world actually? world become lonely after me. myself, my body loss of hope since two weeks praktikal session. Oh God.. can you help me? i want to full fill full fill my evening. my waste product time. create me the Obsession of washing machine. so that i can go and take my piece-piece-piece of my cloth. throw in that washing machine. throw money to the hole and spring that machine. then i want to go to my lovely bathroom. i want to take a shower. a soap and to soap my dry body skin , membranes and also my tissue body. i want to clean up my table study. my bed. too much lying wif blanket and toto. also my lantai. i want to sapu it. open my window, to give chance for Air particles drift in to every corner of my bedroom. after that all i tell the world was happen in my bedroom. im swear ! i will having dinner alone this night! yeah! now. im need to out! to full fill full my hopeness..

6.51 pm - After Call

July 29, 2011

RAMADAN



Memang Ramadan itu benar-benar terang,
lihat saja petang yang cantik di musim al mubarak,
Lain dari biasa..

Lihat! langit subuh kala itu pun sangat bening,
malah burung pun asyik berkicau sakan ,

Tapi benar juga, Ramadan akan pergi-
mulalah lupa satu sejadah persatu-

keroncongnya-bila bulat menjadi persegi
lebih tajam dari gerigi

Sudah terang Ramadan dengan kita jodohnya lambat..
maka, bergambarlah gunakan kameramu,
moga sekeping gambar senja yang cantik akan terus dilihat!

sampai Ramadan kembali lagi!

July 13, 2011

Silent Time


"Apa yang aku takut.. apa yang meraka buru..
timbul rasa jemu.. bila sudah dalam genggam"

May 6, 2011

Surat untuk Mak ;)


Urgghh.. Rindunya suasana pagi kat umah ni.. aku dengaq ayam berkokok pagi tadi! teruih bangun.. tapi aku konpius la.. sejak bila kampung aku ada orang bela ayam ni?? haihh..

Bangun kena nasi lemak Mak aku buat..perghhh !

"Mak cheq lama dah qeja dok makan ayaq tangan makcik indon si tukang masak tuh hari-hari.. Chemuih lah cheq!" cemuih.. ceemmuihh dah...

Mak.. Mak tau dak yang hari Mak dah sampai? " Hang kurang hajaq noh?"

Eerr.. Mak jgn dok pikiaq pelik.. Hari Ibu la Mak! tapi hari Mak mmg hari-hari Hari Mak..

Haiihhh... tapi depa kalut dok post kat facebook la myspace la twitter bagai pasai Mother day ni cheq pun teringin jugak nak post.. tapi.. Mak takda Account facebook! apatah lagi twitter an? silap-silap facebook pon Mak tak kenai apa dia..

Maher Zain pon cipta lagu kat Mak dia.. Cheq nak cipta lagu apa kat Mak? Nyanyi pon tak pandai!

Tapi Mak.. walaupun Mak tak kenai facebook dan twiter macam Mak depa.. Mak tetap Mak cheq! yang sangat-sangat cool .. "itu Mak saya, dia okay dan saya okay!"

Mak masak tak macam Mak depa! Mak depa masak ala western food la.. Spagheti la..makanan orang putih semua ..tapi takpa Mak .. Cheq tak lapaq menatang tuh! Mak masak teluq goreng pun cukup! tak cemuihh aih makan ! selera lagi bertambah..

"Hang bodek mak cam da papa ja..?" "yang tuh len kali la kita ceqhita mak.."

Kawan cheq kata Masa Hari Ibu nnt depa nak masak kat Mak depa..nak masak tempe pon ada! Faberet mak dia kot.. nak layan cam permaisuri la.. nak bagi adiah la.. tapi kalau cheq ? cheq nak masak apa? pakai kita satu keluarga lapaq ternganga! kan Mak? baik Mak yang masak..

Mak.. sempena hari jumaat ni.. penghulu segala hari.. Cheq nak ucap kan terima kasih banyak-banyak sebab beranak kat Angah, kakak, AbgChaq, AbgTeh , Ed dan Paiz!

Mak dah bagi kami makan-pakai-tempat tidoq dan peluang mengaji.. Cukup dah apa yang Mak bagi kat kami tuh!

"Selamat sejahtera untuk setiap hari Mak"

sekian cite tempe dah habis! wasalam dari anak mu!


June 24, 2010

PESONA CINTA UTARA

biarpun malamku
tanpa bulan dan bintanng
ku tidak pernah gentar
kerna ku tahu
kau kan sentiasa menyuluhku

tadkala langit
berputar kelam
ku sikit pun tidak gentar
kerna kutahu bahawa
cintamu kan melindungiku

semasa bumi berdetar
merekah pelangi ungu
ku tak pernah gentar pun
kerna kutahu ikhlasmu
sentiasa mendoakan ku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...