nuffnang

February 7, 2020

Jodoh budi

Anggun, seorang wanita muda, manis orang nya, berbudi bahasa, dan lembut perwatakannya.
Pada suatu ketika dibulan ramadhan tahun 1988 Anggun berjodoh ditemukan tuhan bersama lelaki yang bakal menjadi suri hati nya.

Pada malam di bulan ramadhan selepas surau kecil di kampung Bunga selesai solat tarawih, Budi yang dalam perjalanan pulang ke rumah berselisih dengan Anggun dan saling membalas pandangan mata , Anggun malu dan menunduk mukanya ke bawah.

Dipendekan cerita , itulah kali pertama mereka saling berpandangan mata dan jatuh cinta, dari mata lalu jatuh kehati, lalu terbitlah rasa kasih dan sayang antara kedua - dua nya dan justeru itu Budi meminang Anggun dan mereka akhirnya menjadi pasangan suami isteri yang sah, hidup mereka bahagia, walau tidak hidup dalam keaadan serba mewah. Anggun dan Budi terus sahaja tenang dan menikmati kasih sayang jiwa dan dunia bersama-sama,

Setahun selepas pernikahan mereka dikurniakan 1 cahaya mata, pada ketika itu aidilfitri bakal menjelang tiba. Budi berusaha keras memimpin keluarga kecilnya, Budi bekerja sebagai seorang foreman di kampungnya, mempunyai bengkel sendiri, dan beliau gemar bertukang dan juga mempunyai bengkel kecil  persendirian di belakang rumah mereka. oleh kerana tidak mampu membeli barang dan peralatan mewah, Budi berusaha utk membaiki barang2 electric yang dijumpanya atau di ditinggalkan orang kerana mempunyai kerosakan.

Raya tahun itu disambut dengan girang dan penuh kasih sayang antara kedua pasangan syurga ini, sambil menunggu kelahiran cahaya mata mereka yang bakal menceriakan lagi waktu siang dan malam mereka.

Anggun tersenyum di tirai tingkap melihat kesungguhan budi berkerja semata-mata untuk persiapan anak mereka.

*****


Tahun demi tahun telah mereka lewati, Kini Anggun dan budi sudah pon mempunyai 3 orang anak mereka, 2 lelaki dan yang bongsu adalah perempuan, Suara kanak2 bermain bergelak ketawa menceriakan rumah kecil mereka. Anggun cuba menyiapkan baju raya untuk suami dan anak-anak nya supaya mereka gembira menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Hubungan mereka bersama anak-anak sangat rapat, Yang sulong iaitu Along sering membantu ayahnya membaiki barang -barang elektronik, lampu dan kipas.

Ada suatu ketika dibulan Ramadhan, pada ketika Anggun dan 2 orang lagi anaknya, ayoub dan atiya membantu ibu mereka menyiapkan kuih dan juadah raya untuk menyambut hari raya yang bakal tiba,  suasana mesra dan dipenuhi gelaktawa, usik mengusik antara mereka anak beranak terhenti seketika apabila dengan secara tiba- tiba Oven pembakar kuih rosak.

suasana sunyi seketika, mereka terdiam, lalu Budi dan Along datang dan cuba membaiki Pembakar Kuih sehingga berjaya, perlahan2 suara ceria mula kedengaran,
Sekeluarga mereka saling membantu menyiap kan kuih rasa, lemang dan ketupat dan ada yang menyalin sarung bantal dan langsir, memcuba baju baru yang di buat ibu mereka, Anggun.

*******************


Pagi itu , suasana hening sekali, disebuah perkangpungan yang dipenuhisawah padi, sebuah rumah ditengah-tengahnya, Azan raya berkumandang, Seorang wanita tua, berbaju kurung keluar dari rumah menuruni anak tangga lalu berjalan terus ke sebelah rumah mereka dengan pandangan hijau kuning emas beras padi yang masak ranum. dia berdiri disitu memandang jauh dalam permandangan itu, muncul Anggun yang muda dan cantik sedang tegak berdiri memandang nya semula. lalu dalam detik itu, Budi entah dari mana datang menyapa, Angun tersenyum sendirian, begitujuga budi,

Wanita tua tadi duduk dibangku, kemudian dibahunya terasa dierat oleh tiga sentuhan tangan , iaitu anak mereka, Along, Aiman dan atiya. mereka yang sudah dewasa pulang ke rumah menyambut lebaran bersama, memeluk erat ibu mereka. Ayah mereka telah beberapa tahun kembalik ke rahmatullah, yang tinggal hanya ingatan dan kasih sayang mereka.

Anggun : Along, Aiman, Atiya, masih ingat pesan ayah ?

Flashback. waktu pembakar kuih mereka rosak, Ayah mereka mebaiki dan mereka masing-masing hanya mampu melihat sahaja apa yang dilakukan oleh ayah mereka. lalu budi berjaya membaiki Oven, kemudian terdenganr suara Along " powerlah ayah, semua benda rosak boleh elok.
lalu Budi membalas " setiap barang sekalipon manusia akan ada tarikh luput. cuma dua perkara yang tak kan luput, kasih sayang dan memori ayah dengan kita semua. sambil memeluk kesemua anaknya. budi mengukir senyum dibibirnya, melemparkan wajah kasih sayang terhadap anak mereka. semua tersenyum riang dan senang.

*************

Atiya , anak perempuan mereka mengajak ibu serta abang -abang nya bergambar pada hari raya tersebut. kamera dipasang, Atiya meletakkan 2 kerusi dihadapan , mereka anak-anak bersusun dibelakang sambil ibunya duduk didepan, kamera di tekan, sekeping gambar ditunjukan, dalam gambar tersebut adalah gambar ketika mereka semua berkumpul bersama ayah mereka. gambar yang dalam ingatan, dan kenangan.

*******************************



December 6, 2019


SANTARASA

1. Gamers
2. Beauty

ARGUMENTASI

1. Drama Radio
2. Blackbird
3.Depression.kill
4.Depression.Life

MUSIM YANG BAIK

1. Tingkap
2. Jalan - train
3. Hari Cuti
4. Kelip -Kelip

RAYA

1 Posman

November 8, 2019

Untuk Aina




Sejak aku dah kahwin,

Baru aku faham apa itu,
" Demi keluarga "

Sejak aku menikah,
Baru aku kenal apa itu,
" demi Keluarga "

December 20, 2018

KACA TELEVISI

tv1 - ulang siaran cerita rakyat
tv2 - layar wajib cerita p.ramlee
tv3 - masih dengan cerita najib
tv4 - agenda reformasi
tv5 - bual bicara tentang rasis
tv6 - bukan televisi kapitalis
tv7 - bukan televisi komunis

ROTASI


Masih ingatkah engkau lagi 
ketika senja kita di rotasi ?

Ku alunan kan satu puisi,
dan kukira puisi itu tak jadi,

Dan senja pon cedera lalu membenamkan matahari
dekatkan kita lagi dengan mimpi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...