nuffnang

August 5, 2010

Mentrafrasafora

i: Persepsi melayu deutro proto mana kau gunapakai?
Budaya kuno mana negrito tidak berkonsert sakai?

Atas tanah semai. Tunggu padi kuning. Melingkar umbun api.
mungkin ritual si pawang kot? yang asap-asap itu apa? bunyi-bunyi itu?

ii: Metofora apa pula kau gunapakai dimedia?
Konspirasi apa mahu rakan ditosok berlombong?

hukum fizik disongsang kimia. betulah satu satu kata tua
rencana membodek takan relai bankrap meski takda follower

iii: HOI! Statement apa pula kau bentang atas pentas dekan ni?
Remaja pewaris bangsa! pemimpin masa depan!

yang mau mendengar pula siapa? cameraman-cameraman itu siapa? menjinjit nota apa?

"Saya mau student ni bila grad nnt diowang boleh membaca! menulis! dan yang penting bersuara!"

iv: HOI! sejak bila pula akta 16,15 bagi ruang sembang?
Dalam Aspirasi pihak sebelah sudah menang. tamat.

Strategi bukan jantan sabung melaga pondan bapak.
Muda makin berontak, datanglah wabak leptospirosis pon.



Nota selipar jepun:Kucing takan takut dengan tikus
Biarpun tikus heret pistol Abang ISA! dungu!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...