nuffnang

May 4, 2011

Peristiwa ; 3 MAY



Ruang seakan gelap dalam dimensi;
Dengan gemuruh salamku menyapa sang puteri ngeri

Kosong wajahnya seperti boneka tali yang menari-nari di atas Purple Stage
dipersembahkan sang boneka tidak bernyawa! tidak berdarah!
mendobrak jalur memoriku lalu terlucut satu-persatu

Hampir setiap masa aku cuba untuk mengingati!
pantas deria tubuh menerima isyarat deria kinetik dan persoalan muncul di kepala.

Ah! medan ini harus ku kuasai ! pentas ini harus perhabisi !

Lantas jari menari mencari dua jarum antara ribuan jarum bergelendangan
serta picagari untuk ku hunuskan ke arah patung membosankan

Angin semakin kencang menampar-nampar raut wajah
peluh keringat, beku setelah terpancar terbit dari liang
kesejukkan membuat tubuhku menggigil-ketar dalam ketakutan.

Seraya tanganku menyentuh satu persatu balang-balang vial
tiada ku tahu mana satu penawar. mana satu vaksin, mana satu toksin

Aku bukan maximus! aku bukan seorang gladiator!
bahkan John J rambo! mahupun disamakan Ballians si anak Godfrey
Saladin? Ah tidak sama sekali!

Namun inspirasi semangat menyemarak jantung menguak sakan
menghambur bersama nafas berat, sepantas kilat ku menghela;

Adrenalin mengalir pantas dalam belikat anggota
dengan segala kekuatan aku himpunkan;
lantas tangan, kaki, badan, kepala, teruskan perjuangan
teruskan perjalanan.. terrr rr

Krinnggggg !!
KRRINGGGGG !!

Urrrgghhhhhhh! Kenapa perlu 5 minit??

" before 5 minutes gone!
kill all the enemy! "


3 comments:

Adam Aminuddin said...

anda gagal ! haha

jeepsu said...

repeat sem depan! time kasih :)

Anonymous said...

continue...harap maklum..haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...