nuffnang

April 17, 2011

6 Reason Why Sweet To Be Single

Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!

View Image

1. Freedom!
korang rase nak shopping, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ade, korang boleh buat je apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke spa. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.
2. Jadi rakan yang baik
Sememmangnya tanpa boyprenn di sisi, korang mempunyai banyak masa berkualiti bersama membe-membe. korang boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah macam main beskal kat uitm.
3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
parents sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Haaa itupun kalau korang rajin lah kan... nie tak memerap dalam bilik bagon tidoq pun da petang..
4. Buat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama. contohnye macam berblogging nie lah..:)
5. Saveee Budjet
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan bolehla dijadikan simpanan dan digunakan untuk beli barang yang diinginkan seperti membeli lappy baru . Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan mummy anda. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 spesel seperti hari kekasih, burfday la bagai-bagai.
6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada parentsnya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.

6 comments:

Black Jeepsu said...

nih aku sokong

Ceritaku Lebat Lebat said...

;)

Anonymous said...

yeahhhhh . itu lah aku . jadi single better even ada SA :) LALALA

Ceritaku Lebat Lebat said...

SA??? xpaham.. hehe..

Black Jeepsu said...

secrete admire lahh..

ajie_harini said...

abdul aziz berstatus single ka ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...