nuffnang

June 24, 2010

GADIS KUPU-KUPU SYURGA

Aku terbaring atas katil ini. Dalam bilik yang berwajah gelap . Cuma seraut cahaya menyingkap didada sang tingkap. Mataku pandang ke syiling kusam itu. Cuma kipas angin yang ligat putarannya. Angin terus menghala ke arahku. Menampar dada ku . membelai rambutku.menerjah wajahku. Dalam hati aku runsing. Dalam tangis aku mula menancap tari. Aku sedar bahawa aku masih tak sedar. Aku tak sedar yang aku telah sedar dari egoistik yang aku sengaja lupakan. Sengaja tidak endahkan.

Sang tingkap itu saban hari tertutup.terbukanya tidak. Tirainya tiada. Debu-debu halus melekat pada dada tingkap.bagai kabus. Musim hujan selalunya begini. Kepalaku dongakkan melihat diluar tingkap. Sana ada jalanraya. Sana ada orang kesini-kesana .
Sana ada anak kucing dalam ketakutan. Ada anak-anak kecil berteriakan.terpekik terlolong.sana ada banyak poster politik budaya kosmopolitan. Sana punya isu yang menangis minta bela. Minta diterima. Sana juga banyak kuasa veto para penggubal.sana banyak bertopengkan malaikat dari bertopengkan syaitan. Dunia dah banyak berubah.

Sana ada bom sang dajal. Sana ada darah dan luka. Banyak bertaburan dilema. Banyak mata yang tidurnya tidak mahu jaga. Banyak korupsi dari memberi. Banyak yang menimbang debu dari pagi ke senja. Ambilnya tidak. Ramai cipta propaganda. Banyak suara seakan histeria.

Telingaku tertangkap bunyi-bunyian. Bunyinya seakan langit dah rebah ke bumi. Perlahan tubuhku keraguan. Tanpa soal aku bingkas bangun. Dari kamar aku keluar. Menuruni anak tangga yang tiada hitungnya. Kiri-kanan gelap. Langkahku menari. Sampai bila akan habis anak tangga ini? Sambil letih aku hela nafasku. Bau disini tidak enak. Tiada selera. Bau yang suram. Aku terbau jiwa-jiwa yang merintih.

‘Sampai bila aku nak berjalan ni!!’

“Berjalanlah walau telah habis terang”
Ada suara yang menyahut. Gemanya tua. Gemanya ramai. Gemanya bernafas harap. Harapan untuk aku?

Aku berjalan atas mozek lama. Satu ruang yang mereka cipta. Satu ruang mereka bina.
Aku telusuri anak tangga ini.kiri kanan dinding hipokrit.banyak tergantung potret tokoh gila. Sini gelap. Sunyi. Pedap , Cuma detap tapak kasutku yang berlagu asyik . sepasang mataku nampak apa yang didepan. Cahaya dari langit. Cahaya yang membawa mimpiku hilang. Sepasang mataku nampak apa yang didepan. Seorang gadis. Menyangkung duduknya.disudut yang penuh hina. Menangis matanya. Tersedu jiwanya. Sambil cahaya dari langit memancari dia. Sambil angin panas cuba bawanya terbang dari hati kusam yang siksa. Sambil semua yang memandang tak terasa hiba. Dunia yang terlupa.

Situ ada cahaya. Situ munkin punca. Situ mungkin ada jawapnya. Situ juga mungkin banyak soalnya. Langkahku hayunkan. Situ ada pintu. Ada banyak cahaya. Pintu terbuka. Sang gadis itu bagai hilang ditelan cahaya benderang. Situ ada banyak jiwa,merabaku. Ada membelaiku. Ada menamparku. Luar pintu itu ada taman. Taman tinggal. Taman cekal. Taman lalai.





Satu kerusi panjang menghias seruang taman tidak terjaga. Bunga-bungaan tumbuh meliar. Daun-daunan hidup terbiar. tanah yang terasa sunyi . kumbang mula cari pengganti. Rerama mula tiada selera beterbangan sini sana. Mereka hanya nampak batu-batuan.Cuma nampak besi keluli dan konkrit. Manusia sudah cipta media. Apa saja terpancar di skrin batu. Hanya terpandang asap dan debu. Rerama ingin ke Pub dan disko. Ingin menari tanggo atau breakdance. Sang kumbang tidak lagi minat dengan madu. Mahu hirup rasa mewah. Bukan mahu lupa. Tapi ramai kawan-kawan dah berhijrah. Dia mungkin bakal turut sama.


Aku duduk di kerusi itu. Dua tapak tangan aku mula menadah. Satu-satu gugurnya daun-daun atas pokok tempatku istirehat. Sambil angin mula membelai wajahku. Tiba seorang gadis bisu. Dengan angin dia datang agaknya. Dengan langkahnya yang makin hampir .
Buat aku terasa panas dingin. Skirt pendek paras lutut sekali sekala menggapai seraut wajah yang tak pernah telus. Rambutnya panjang. Seronok dibuai angin . Hanya diam dia melihat. Hanya bisu dia bercakap. Dia ajak aku menarikah? Atau dia mahu aku bawanya keluar dari taman ini? Atau dia mahu aku terus ditaman ini. Bersamanya? Tapi sampai bila?

Tangan halusnya mengapai tanganku. Erat. Dangan sayang rupanya. Aku dah faham. Tangannya juga mengalir darah sejuk. Darah derita. Rasakan yang dia sengsara. Bukan perasaan biasa yang aku rasa. Kemana dia nak bawa aku pergi? Sambil bisu mulutnya terus-terusan. Buat aku tergamam. Sambil matanya memandang tanpa mampu aku perhatikan. Pandangan yang tiada perasaan. Tiada fikiran. Kosong. Langkahku terus asyik mengekori langkah tarinya. Tubuhnya bagai menari gembira. Tapi wajahnya sedikit tidak mengiyakannnya.

Awan redup mula hijau. Rumput-rumput makin segar. Sini-sana ada gunung-ganang. Ada bunga-bunga tumbuh meliar gugur satu persatu.aku tak nampak matahari dari tadi. Terang yang suluhku ini datang dari mana?

Titis-titis hujan mula turun. Sambil daun-daun berkeroncong. Langkah tarinya tiba-tiba terhenti. Wajahnya masih sama. Aku juga masih bingung. Tangannya perlahan-lahan melepaskan erat tanganku. Kepalanya mendongak. Tubuhnya rebah ke tanah




wahai puteri rupawan!
Siapa kau?

Wajahnya tetap kosong. Matanya tetap kosong. ,masih lihat hujan turun dari langit. masih menatap pelangi yang lama terbina . Tapi baru aku terperasan Segenap masa yang entah bila mulanya. Akhirnya dia cipta reaksi. Airmata mengalir dari hati yang aku tak dapat teka kenapa.



“Aku Cuma seorang gadis lemah..
Yang kadangnya ingin rasa secebis kasih
Ingin lihat sepancar sinar
Boleh kau berikan?”
Aku jadi kelu,
Dan dari segenap masa yang entah bila mulanya juga aku mula mengerti dan menerima rasa-rasa yang tiba-tiba muncul dan menharu di jiwa.

Sambil angin bertiup. Sambil hujan itu meratapi tanah ini. Sambil titisan hujan membelai wajah kosongnya. Sambil rumpun-rumpun dibasahi. Segar. Sambil bunga-bungaan terus mekar walaupun meliar. Sambil aku telah mengerti apa yang aku bingungkan. Sambil wajah kosongnya mula mengukir segaris senyum.sambil jiwa-jiwa yang lain berasa tenang.

Esok lusa aku dan dia ingin ke langit.mungkin ke pelangi itu. Mungkin berlari . mungkin berjalan. Mungkin berterbangan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...