nuffnang

June 24, 2010

SUJUD SEBENING SUBUH

Aku berwuduk dengan air lautan mu..
aku berjalan atas permaidani indah..
kelembutanya menyentuh jiwaku..
aku cecahi selembar dahiku..
pada selembar baldu sejadah
menyembahmu..

Aku hayati akan ketenangan itu..
Aku kagumi kebesaran Mu
seolah aku udah belayar jauh..

ke lautan dalam Mu
seperti ku terbang ke angkasa,
ke langitMu ke bintang-bintang,
bulan-bulan dan segala yang ada
Yang bisa bawakan aku jauh

dari kekacauan duniawi.
pertengkaan harta kurnia Mu
aku kaji rahsia kalam Mu
Benarnya aku entah dimana
Nauzubillah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...